#AndainyaKitaMendengarPesananRohKepadaManusia#
Tuesday , September 17 , 2014
Wrote by : Arissya Aygpinky
16.00pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com
**Saat kita inginkan kaya,, terkadang kita LUPA yang hidup ini adalah kekayaan.
Saat kita takutkan rugi,,terkadang kita LUPA yang hidup ini adalah keberuntungan. Sesungguhnya hidup akan lebih indah
sekiranya kita tidak LUPA untuk merasa bersyukur **
~Andainya kita mendengar semua PESANAN ROH KEPADA MANUSIA, pastinya kita takkan mampu untuk ketawa atau tersenyum lagi.
Kita takkan mahu lagi pada dunia yang bersifat sementara~
Allahuakbar....
Apabila keluarnya roh daripada jasad, maka ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit ataupun di bumi akan mendengar semua rayuan dan tangisannya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata ;-
"Wahai orang yang memandikan jenazahku, aku meminta belas ihsan kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan kerana pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara dalam tangisan sambil merayu ;-
"Wahai orang yang memandikan jenazahku, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga janganlah menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku telah terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu ;-
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jenazahku, janganlah engkau menggosok tubuh aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak kaki mayat akan diikat dan
roh pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat ikatannya serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
wajah anak-anak,
wajah isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak akan dapat melihatnya lagi hinggalah sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu roh berpesan ;-
"Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meninggalkan isteri atau suamiku keseorangan. Maka janganlah kamu menyakitinya.
Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali lagi kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya janganlah mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara
anak-anak dan sanak saudaranya buat kali yang terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan;-
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
janganlah kamu terperdaya dengan tipu daya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku,
dan janganlah kamu lalai dan lupa ketika ini sebagaimana ianya melupakan dan melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan selama aku hidup di dunia untuk waris-warisku dan alangkah sedihnya aku, kerana sedikitpun mereka tidak mahu menanggung segala kesalahanku".
"Adapun didunia sana, Allah saw menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan . Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Baginda Rasullullah saw berkata;-
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai di kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail a.s. akan menebarkan sayapnya yang
di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya.
Ini adalah kerana sangat rindunya dia pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail a.s.
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail a.s. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu, dia tidak lagi mahu melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata;-
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang mukmin ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt"
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud;-
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkatalah tangan:
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut mencuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata;-
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang-alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu!"
Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga, maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan dari ayat-ayat Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata;-
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab. Mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud;-
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah swt, maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt,
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar r.a telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar r.a;-
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1.] Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2.] Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3.] Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4.] Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.] Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dan tidak dilangit sampai hari Kiamat.
6.] Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.] Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka akan diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw;-
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang - yang berpuasa di hari Arafah.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu ilmu atau amal yang berkekalan bagi orang yang mempelajarinya dan menyampaikannya kepada oranglain meskipun dia sudah mati.
Wallahu'alam....

No comments:
Post a Comment