Tuesday, 23 September 2014



#HangatPelukanSahabatWlaupunHanyaDalamMimpi#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Monday, 22 September, 2014
2204 pm.
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

**Ada ketika,, kita perlu korbankan perasan sendiri demi kehendak oranglain. Ada ketika,, orang tak pernah hargai pun pengorbanan kita. Ada ketika,, kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati oranglain. Ada saatnya,, orang hanya nampak salah kita sahaja,, tapi tak pernah merasa yang punca sebenarnya adalah dari mereka. Dan ada masanya,, kita sudah terlalu letih dengan segalanya yang kita hadapi. Tapi,, suatu ketika nanti..pasti semua ini ada jawapannya selagi kita masih memilih untuk bersabar...

Satu hakikat yang kita kena terima,,
Manusia itu akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah kehilangan sesuatu **😔

[Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin]


“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan.

Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

Hati terdetik mahu benar berjumpa dengan seseorang. Terbayang-bayang dalam fikiran akan wajahnya. Rindu sangat-sangat,, hanya Allah sahaja yang mengetahui. 😔

Tak sangka, Allah dengar. Lintasan kecil di dalam hati ibarat satu laungan yang mana Allah dengar,, tidak kira kuat atau perlahannya ia.

Sedang diri berjalan tidak pasti hendak ke mana,

Langkah kaki diri ini terhenti, beliau betul-betul berjalan menghala ke arah saya...
Allahuakbar.
Tak berhenti bibir ini mengucap rasa syukur yang tidak terhingga. Telefon bimbit ada, bila-bila masa sahaja boleh berhubung. Tapi, inilah rasa tautan hati bila bersahabat/berukhuwwah kerana Allah. Indahnya lebih terasa.
Dia tersenyum ke arah saya.Terus saya tarik tangannya dan memeluk erat dirinya. Hangat terasa.
Hilang rasa gundah dan penat segala.. Walaupun hanya dalam mimpi sebenarnya.
Sekejap pun tak apa. Terus terasa satu kekuatan yang positif dan bibir ini mekar dengan senyuman sehingga mata kembali terjaga dari lena.

Hebat kan Allah? DIA tahu apa yang kita rasa.

DIA hantar seseorang atau sesiapa sahaja untuk beri tenaga semula pada kita secara zahirnya.
Batin kita sudah tentu Allah lah yang memberi segala kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menyusuri jalan Allah ini.

Untuk dye,,

Kalau kehadiran ini,, dianggap menyusahkan,
moga-moga pemergian saya nanti menghembuskan pula ketenangan.
Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biarlah jatuh gugur dalam mahabbah...
Kerana daun yang jatuh takkan pernah sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :
”..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya
hamba-hambaNya.”
[Fussilat::46.]

Jazakallah

Www.eisyaumaira2204.blogspot.com

No comments: