#MemaafkanTapiMasihTerluka#❓❓❓
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Saturday, 06 September, 2014
18.15pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com (^_-)
**Menjadi lilin beerti kite memberikan cahaya kepada orang lain,, dan membiarkan diri sendiri terbakar,,
Langit kita sama,, Saya Hamba,, dia juga Hamba **
Bismillahirrahmaanirrahiim.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama Muslim,, kerana itu janganlah menganiaya,
jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini! Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.
Alangkah besarnya dosa menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim. Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya”
[Hadis Riwayat Muslim]
Benarkah kita sudah memaafkan apabila didalam hati masih lagi memendam rasa dan bersarang rasa terluka?
"Maaf... "
Satu perkataan yang paling mudah dilafazkan bagi setiap kebanyakan manusia yang melakukan kesilapan,,
Senangkan bila kita nak minta maaf? .
Lumrah manusia,,
Terhiris dan terluka dek kerana manusia yang lazimnya semua orang pernah lalui.
Berselisihan faham dengan sahabat sendiri.
Menerima maki hamun daripada orang lain,,walaupun kita sebenarnya berada dipihak yang betul.
Yang terluka kerana ditipu bulat - bulat. .
Maka, datanglah dia.. orang-orang yang menyakitkan hati itu untuk memohon kemaafan.
Walaupun ketika itu hati kita yang sedang sakit nie seperti tidak merelakan ape2,
perkataan ‘saya maafkan awak ’
itu tetap dilafazkan kepada orang yang memohon maaf. Tapi, maaf itu hanyalah sekadar maaf di bibir,, tetapi dihati siapa yang tahu?
Siapa yang dapat merasa?
Hati masih tetap memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari orang-orang yang pernah melukakan hati kita .
Apakah itu namanya benar-benar memaafkan?
Saya tiada jawapan untuk soalan itu kerana saya juga dikalangan hamba yang biasa-biasa. 😔
**Apabila Hati kita Terluka Dek Orang**
Hidup ini tidak pernah menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, jika terluka oleh orang lain itu adalah fitrah,, ianya salah satu daripada ujian ALLAH swt untuk setiap hambanya.
Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula datangnya dengan cara yang berbeza-beza.
Mungkin kesakitannya pada sindiran,
Mungkin juga dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang kita ,
atau macam-macam lagi cara yang manusia nie akan buat,, tanpa kita ketahui.
Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah HAMBA , sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya ada didalam diri. Apabila lama memendam rasa sakit hati, maka akan menjalar dendam pula.
Hati manusia nie kita nak bole nak jangka,, betul x?
Tapi, disaat orang yang bersalah itu didatangi dengan perasaan berdosa dan datang kepada anda untuk memohon maaf dalam keadaan anda masih memendam rasa sakit hati, maka kita memaafkan mereka dengan tercampak juga sedikit dari rase meluat kan?
Ketika itu anda sebenarnya tidak memaafkan dengan sepenuh hati.
Am I right ?
**Memaafkan Tapi Masih Terluka**
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah..
Dendam itu akan menjalar dalam jiwa. Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara-perkara yang lebih kurang sama dengan orang yang pernah mengaibkan atau menjatuhkan air muka seseorang.
Apabila seseorang itu kononnya sudah memberi kemaafan tapi masih lagi terluka, maka itu bukanlah kemaafan yang sebenar-benarnya.
Itu hanyalah sebagai "penyedap hati @ perisa" yang akan menambahkan lagi rasa dendam sebenarnya.
**Berikanlah sedikit masa untuk pulih dari luka itu**
Tiada masalah. Ambillah sebanyak manapun masa yang diri kita mahu. As long kita tidak cuba untuk berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain,, sedangkan saat itu jiwa kita masih membara dengan api sebenarnya
Apabila datang orang bersalah kepada kita untuk memohon maaf,, dan kita memberikan kemaafan dengan tidak sepenuh hati,
maka urusannya dengan kita "didunia" dianggap telah selesai. Selebihnya, urusan kita dengan ALLAh swt pula.
Sekali lagi, sebenarnya itu bukanlah memaafkan namanya!
Sekiranya hati kita masih belum lagi reda dengan kejadian yang berlaku dan apabila datang orang-orang yang telah membuat hati kita terluka untuk memohon maaf sedangkan pada masa itu kita masih belum boleh memaafkan sepenuhnya, maka katakanlah padanya:-
“Berikanlah saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”
Itu adalah lebih baik. Biarlah kita berterus-terang. Dengan cara itu, hati kita akan lembut dengan sendirinya kerana ALLAH tahu, kita meminta agar diberikan sedikit masa untuk mengubati hati yang sedang sakit bila dilukai oleh manusia lain.
Dalam masa yang sama, kita cuba belajar untuk memaafkan.
Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada kita dengan memberinya "kemaafan palsu."
Mereka juga sebahagian daripada diri kita.
Jangan mudah melafazkan kata memaafkan seandainya hati tidak pernah berkata sedemikian !!!
**Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik**
Sebenarnya, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari rasa dendam dan sakit hati orang padanya.
Orang yang memberi kemaafan akan tenang dan merasai kelapangan jiwa.
Allahu Rabbi.. 😔
Memang, sebagai manusia biasa adakalanya kita berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi sifat orang yang mudah memaafkan itulah akhlak muslim yang terpuji.. kerana orang pemaaflah yang paling kuat.
Kenapa ??
Sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas kembali segala perbuatan orang padanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana ALLAh swt .
Rasulullah SAW pernah bersabda:-
“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
(-HR. Bukhari)
Janganlah daripada kita tergolong daripada orang yang berdendam malah ada yang sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah kepada kita sepanjang hidup.
Astaghfirullah~
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.”
– an Nuur : 22
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Baginda juga menuntut umatnya untuk memaafkan atas kesalahan yang boleh dengan mudah diberikan kemaafan. Aduh! Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah yang bukan saja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga luka berdarah. Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Baginda meminta kepada ALLAh untuk diturunkan bala seksaan. Malah, Baginda menolak untuk berbuat sedemikian.
MashaAllah. Tabarakallah~
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik.
Dan, jika belum bersedia untuk memaafkan kerana hati meminta waktu supaya reda, maka katakan terus-terang tentang itu. Janganlah kita memberi kemaafan tatkala hati masih berdendam.
Kerana, ada perhitungan ALLAh Ta’ala untuk itu!
Pssst! 😒Saya tahu anda seorang yang pemaaf dan lembut hati.
Semoga ALLAh merahmati kehidupan anda sekeluarga di dunia dan akhirat. 😊😊
Kalau tak boleh maafkan sekarang, take your time. Maafkanlah nanti bila hati sudah tidak terasa sakitnya lagi.
Mohon pada Tuhan biar dilembutkan hati kita.
Percaya atau tidak, kita akan bahagia bila kita belajar memaafkan.
Dan serahkan urusan selebihnya kepada
"Tuan Punya Dunia" .
Kalau orang lain bersalah terhadap kita, biar Allah juga jadi penentunya. Be Chill, ok?😉
Your heart deserve more better than what inside it now.😉
Jazakallah
Eisya2204@gmail.com
No comments:
Post a Comment