Monday, 13 October 2014

"The Past does not equal the future"

#BarangYangLepasJanganDiKenang#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Monday, 13 October, 2014 
18.05pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com 

Just a quick update.... 😔
“Apa ertinya menunggu jika dia mendapatkan lebih dari apa yang saya harapkan”
(Eisya umaira )
Setiap orang punya caranya yang tersendiri untuk mencintai. Memilih untuk diam, memperhatikan dari jauh, atau mendoakan dalam diam. 
Setiap orang punya caranya yang tersendiri untuk jatuh cinta tanpa membaginya dengan orang yang dia cinta sangat-sangat .
Setiap orang juga punya cara yang tersendiri untuk berbagi tawa dan menyembunyikan setiap dari senyum dan tangisnya setiap sendiri. 

Kata Seniman P. Ramlee, 
"Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun diri'. 
Setiap dari kita yang ada di muka bumi ini, lebih-lebih lagi mereka yang sama species macam saya nie, pasti ada terselit kisah silam. Berani saya katakan yang 99% daripada kita manusia nie ada masa lampau, kisah silam dari kejadian lampau yang rasanya kita sendiri sudah SEBAL untuk mengingatinya, sudah rasa terlalu malu untuk diceritakan pada orang lain.
 Yang pasti,, kisah silam itu ternyata ada yang kelam, ada yang mendung, ada yang gelap, ada yang hitam pekat melekat umpama objek hitam legam yang menyerap haba. Biarpun ianya umpama hanya setitik nila yang kecil tapi hakikatnya.. "Dek kerana nila yang setitik itulah,, maka habis rosak susu yang sebelanga" Itu peribahasa kita orang melayu. Ternyata ada benarnya pepatah tu. Kesannya masih tetap ada. Pengalaman lalu bukanlah seperti fail maya yang kita boleh delete dengan sesuka hati, simpan dalam empty recycle bin supaya tiada lagi mengganggu memori semasa. Pengalaman kita yang dah berlalu itu merupakan suatu kisah hidup kita yang permanent, yang sudah pun terjadi dan tidak boleh langsung untuk diulang atau diundur semula sesuka hati untuk diperbaiki. Ianya akan sentiasa kekal dalam ingatan dan jiwa kita biarpun kita dah berumur, biarpun dah beranak cucu, biarpun dah bercicit piut, sehinggalah terbangnya nyawa dari jasad. Kerana itulah realitinya ada pepatah melayu menyebut, 
"HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, TAPI MANUSIA KALAU MATI CUMA TINGGAL NAMA DAN PENGALAMAN LALU" 

Masa silam yang kelam itu sebenarnya ibarat sampah buangan yang dibawa arus air lalu. Andaikan diri kita ini seperti menadah kedua tangan di air lalu, biarpun arusnya deras namun akan ada juga air yang tersisa di tangan. Begitulah juga dengan kisah lalu kita , biarpun ianya hanyalah tak ubah ibarat sekadar sampah tapi sekiranya dipasak sentiasa di dalam kepala, disesakkan segalanya ke dalam jiwa dan minda, lama kelamaan kita akan terasa juga gangguannya. Kita sendiri akan terasa tempiasnya dalam mengejar masa depan tetapi masa lalu kita itu seringkali dijadikan bahan tohmahan orang. Tak terkejut saya,, sekiranya ada yang berputus asa akibat sering disesakkan dengan cerita atau masa lalu. Mungkin ada yang menganggap itu hanyalah teori mengarut saya sendiri. Tapi bila difikirkan logiknya perkara itu adalah tidak mustahil. Berapa ramai  dari kebanyakan penagih yang keluar dari pusat pemulihan akan kembali kepada tabiat lama akibat daripada sogokan kisah lalu dari orang sekeliling? Anda ada jawapannya?? Maka itulah realitinya. Bukanlah saya melabelkan diri saya sebagai penagih, itu hanyalah example yang telah direkod.

Cerita masa lalu seharusnya dijadikan pengajaran. Cukup berbeza dari pengajaran yang elok, ianya akan terus diabaikan dan dilepaskan. Kebahagiaan hidup adalah bebas daripada belenggu masa lalu kita . Memang tidak dapat dinafikan bahawa sedikit sebanyak kisah lalu kita itu pasti akan mengganggu segala usaha seseorang bagi mencapai masa depan yang lebih baik. Ia bukanlah bermaksud perkara itu harus diabaikan sepenuhnya, peringatan dalam hal itu haruslah dijadikan pengajaran atau sempadan dalam kehidupan. Absolutely masa depan takkan pernah wujud andai tiadanya masa - masa yang lalu, 
dan pengalaman dari masa lalu itulah yang membentuk kejayaan masa depan kita . (betul kan?) 
Cuma,, hal masa lalu tu tak perlulah diulang tayang semula bicaranya agar ianya tidak mengurangkan momentum kita dalam mengejar apa yg kita inginkan. 
Janganlah kita melihat masa lampau dengan seribu satu penyesalan yang semakin SEBAL dalam diri dan jangan pula kita melihat masa depan kita dengan penuh rasa ketakutan, tetapi lihatlah sekitar anda dengan penuh rasa kesedaran dalam diri .
"The Past Does Not Equal The Future"

"Mana mungkin tumbuh rumpun yang segar menghijau,, andai akarnya kita racuni "
Jazakallah.... 
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

No comments: