Sunday, 12 October 2014

Memberi maaf ketika marah..

#MemberiMaafKetikaMarah#
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Sunday, 12 October, 2014 
21.08pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com 

Ada masanya saya TERASA, 
ada masanya saya TERKENA, 
ada masanya saya BAHAGIA. 
Setiap ruang dan masa telah saya cuba untuk saya isi supaya tiada satu pun ruang yang saya terlepas. Namun umpama mampatan pasir halus, biarpun mampat dan padat, masih sentiasa ada ruang air yang lalu dicelahannya. Mungkin saya bukanlah dari orang-orang yang sempurna, tapi saya tidak berganjak untuk memberikan kesempurnaan. Mungkin saya tidaklah sehebat mana, tapi tidak saya mengalah dalam menjadi yang terhebat. Mungkin bukan hanya saya sahaja yang ada, tetapi saya tidak berhenti berharap kerana saya mahu menjadi yang satu. Cabaran dan persaingan yang wujud ada masanya melemahkan saya,, tetapi saya tetap berdiri untuk terus berusaha. Tidak saya sekejam itu untuk meminta dilenyapkan semua saingan, walaupun dalam hati saya menjerit mahukan kemenangan. Mungkin ada baiknya untuk saya bertatih menggunakan kaki sendiri, mungkin ada baiknya untuk usaha saya juga .

**Musuh Jangan Dicari, tapi kalau Musuh Datang Jangan Lari.**

Rasulullah ﷺ bersabda, 
"Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya di waktu marah dan orang yang tersabar di antara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya." 
(Riwayat Ibnu Abidunya dan Baihaqi)

Hidup ini digambarkan dengan pelbagai perumpamaan. Ada yang kata,, kita hidup nie ibarat roda, terkadang di atas, dan terkadang terjunam ke bawah. 
Ada yang kata kita hidup kat dunia nie macam lukisan, pengalaman yang kita lalui menjadi warnanya. Ada juga yang kata kita hidup nie ibarat pementasan. 
Saya tak nafikan,, ianya betul, memang tak ada yang silap. 
Hidup ini ternyata boleh kita gambarkan dengan semua benda. Bagi saya,, hidup nie ibarat suatu cabaran. Setiap hari kita akan menempuh pelbagai bentuk cabaran dan ujian yang baru, Kita akan sentiasa belajar dari pengalaman yang kita lalui . Mungkin bagi sesetengah orang,, hidup ini terlalu mudah, Semudah menyebut huruf ABC,, hanya perlu ikutkan saja arus kehidupan, tapi bagi saya.. 
"I learned the hard way".. n " I learned from the past "

Saya belajar mengenai kehidupan nie dalam situasi yang banyak berbeza dari orang lain. Mungkin ada sesetengah orang merasa pengalaman yang sama. Saya tahu dan saya sedar masa silam saya tu taklah sejernih yang orang lain bayangkan. Dan bagi orang yang berkeadaan macam saya nie,, untuk bangun semula selepas terjatuh dan berjalan atas landasan yang benar tu ternyata memang banyak sangat halangan dan cabaran. Kalau setakat mulut orang yang menjaja sengketa , bercerita itu dan ini, semua itu sudah "LALI" bagi saya. Adalah normal untuk manusia berkata apa sahaja yang mereka suka.. Kerana manusia dalam dunia nie,, otaknya seringkali or sentiasa tersangkut dengan pemikiran yang tipikal. Contohnya kalau orang tu pernah buat silap sekali dalam hidupnya ,, maka selayaknya dia terus keji dan hina sampai mati. Bukan saya tak pernah kena or laluinya,, tapi dah terlalu lali sampaikan saya sendiri dah letih nak dengar. Cabaran nie saya andaikan macam tengah berlumba untuk mendaki bukit, sungguh ramai yang berusaha berlari mendaki, tapi ada yang main tipu tarik orang depan sampai jatuh walaupun kedudukan dia tu taklah kemana pun jauhnya. Ini adalah realiti, bukannya fantasi basi yang saja-saja saya reka. 
Inilah dia hakikat kehidupan. 

Di saat ini saya sebenarnya sedang berusaha untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah. Kehidupan yang lebih hakiki. 
Betul, adakalanya kehadiran seseorang dalam hidup kita,, memang menambahkan semangat kita untuk terus berusaha, itu tak mustahil kan? 
Cuma.. Saya tidak tahu apa yang sesetengah orang pandang kat saya. Bukan semuanya bersorak memberi kata-kata semangat pun, malah sentiasa ada suara-suara sumbang yang cuba menjatuhkan saya . Saya tak ambil kisah sangat kalau nak berdepan dengan saya,, tapi saya cuma tertekan bila sesuatu itu disampaikan kepada orang lain. 
Ya, memang betul kalau orang tengok saya sekarang mungkin tiada apa yang boleh dibangga-banggakan sangat , tapi saya bukannya nak duduk dalam "kandang" nie sepanjang masa. Saya berusaha untuk letakkan diri saya dalam apa jua keadaan yang lebih baik dan In shaa Allah satu hari nanti saya akan pergi meninggalkan segalanya disini . Hidup bukanlah untuk selamanya dibumi.. KAWAN,, sampai masa.. kita tetap akan pergi juga.. kerana "DARI DIA KITA DATANG,, DARI DIA JUGA KITA AKAN PULANG" 

Mulut manusia nie,, bukan macam tabir mangkuk tandas , boleh kita tutup bila kita tak gunakan. 
Mulut manusia nie kalau dah terlepas cakap tu,, memang tak boleh nak buat apa, nak menyesal pun tak guna, nak marah tahap gaban pun takkan dapat ala-apa faedah . 
Macam dalam situasi saya nie, kalau dulu,, masa iman saya terlalu sebal n RAPUH,, memang saya akan menyumpah seranah mereka tu sampai 15 keturunan, tapi bila difikirkan balik macam tak relevan, tak berguna pun sebab mereka tu bukan ada pegangan saham dalam hidup saya . 
Bila iman saya mula menebal dalam dada,, selepas berfikiran secara waras,, saya cuma tersenyum manis dan sentiasa mendoakan kekayaan yang melimpah ruah bagi mereka yang bermulut sebegitu, bagi mereka yang memandang rendah dengan kedudukan saya. 
In shaa Allah,, kalau mereka2 itu bahagia, maka saya pun akan tumpang gembira jugak. 
Allah tu kan Maha Adil, setiap satu perkara tu mesti ada kelebihan dan kekurangannya , sama-sama kita menilai sahaja.
Bukanlah mudah memberi kemaafan ketika marah, kerana itu marah itu perlu dikawal. 
Sabda Rasulullah ﷺ , 
"Sesungguhnya marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu dijadikan dari api, dan yang dapat memadamkan api itu hanyalah air, maka apabila seorang dalam keadaan marah, hendaklah segera berwudhuk". 
(HR. Ahmad, Abu Dawud)

"MELANGKAH BIARLAH TUNDUK, JANGAN BERMEGAH. LAWAN TETAP LAWAN! "
 Jazakallah... 
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

No comments: