#SelagiMasihAda#
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Thursday, 27 November, 2014
12.30am
www.eisyaumaira2204.blogspot.com
Sekarang mungkin kita terlalu cinta,
tapi esok- esok siapa tahu,,
mungkin sudah lupa,
Kelmarin yang berlalu, kita terlalu benci, siapa sangka kan,, sekarang hati sudah begitu rindu ingin bertemu... kerana,,,,
hati manusia itu sering berbolak-balik.
Sesungguhnya...
Manusia itu kan cepat berubah..😔
Satu perkara yang saya pelajari dari kehidupan ini,, ianya perlu diteruskan.
Satu perkara yang saya pelajari dari "cinta", bahawa ianya tidak selalu bertahan.
Apa yang saya pelajari dari manusia,,
bahawa manusia itu terlalu cepat berubah,, terlalu cepat berbolak-balik hatinya.
Mana yang boleh saya pertahankan,,
akan saya pertahankan 😔..
Sisa-sisa hidup yang kita ada nie semakin pendek kan?
»mana yang boleh kita makan, kita makanlah,
» mana yang termampu kita pakai,
kita pakailah;
» mana yang ingin atau mampu kita beli,
kita belilah;
» kalau-kalau kita masih mampu memberi, maka kita berilah;
» selagi kita masih mampu berbagi,
maka kita berbagilah.
Kerana semua yang kita ada tidak boleh kita bawa sehingga ke kubur. Allah yang akan mengatur semua rezeki selagi kita berusaha.
Nikmatilah hidup kita ini dengan pasangan kita selagi masih ada.
Sehari yang berlalu, umur kita berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kitalah yang sangat beruntung.
Berbuat baiklah & selalu mengucapkan syukur, kerana kita tidak akan pernah tahu bilakah masanya kita akan dipanggil 'pergi'.
Waktu yang cepat berlalu, hidup itu sesungguhnya tersangat singkat dan susah. Dalam sekelip mata kita telah memasuki masa tua, itu adalah PASTI !
Bila kita membandingkan diri ke atas,
kita akan selalu merasa kurang.
Tatkala kita membandingkannya ke bawah, kita akan terasa lebih. Tapi bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa adanya yang telah kita punya, kita pasti akan merasa bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Manfaatkanlah ia sebaik-baiknya.
Sesungguhnya harta itu , kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan,, segala-galanya hanyalah sementara, hanya sebagai pinjaman.
Yang terbaik dan yang paling utama,,
adalah Perilaku kita yang baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 yang tercela, boleh mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.
Benarlah kata pujangga,
“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.”
Memang pelik derita sakit putus cinta nie… kata orang,, benci, tapi sebenarnya rindu.
Dendam tapi sebenarnya sayang.
Dunia itu terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah kita akan pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi "kebencianmu" pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi "kecintaanmu" pada satu ketika.”
And now it's really happen to me..
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Hilang segala-galanya.
Benarlah kata orang:
seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain.
Pesimis. Prejudis.
Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Hakikatnya memanglah sakitnya kita yang rasa.
Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah.
Semuanya dari Allah.
Dan segala yang datang dari Allah itu adalah yang baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai itu , belum tentu mendatangkan kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci itu , belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,
” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.
Kita rasa dialah yang terbaik untuk kita laksana.... (you are the answer of my prayer).
Tetapi entah dimana silapnya , dia berpaling tadah. Waktu itulah kita terhenyak lalu berkata,
“mengapa aku yang terpaksa menanggung semua derita ini.?
”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, dialah yang tercantik, yang ter…dan terlebih … untuk segala-galanya.
Sukar untuk kita membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta kita berikan seluruhnya. Dan ketika dia pergi tanpa berpaling, kita berkata,
“Kenapa saya yang terpaksa menerima nasib ini?”
Harga diri orang yang putus cinta itu selalunya rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina dalam diri ibarat diri itu
(gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang tinggi melangit ibarat (merak kayangan). Sedangkan jika kita masih ada iman yang bersemi di dada…
kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata,
“Allah kan ada!”
Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu dia baik dalam realitinya. Katakan pada hati , bahawa dia yang pergi itu bukanlah pilihan kita yang terbaik. Mungkin dia memang yang terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pastinya akan datang juga suatu hari nanti sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa harus saya yang kena?
Jangan labelkan "saya yang malang."
Tetapi katakanlah ,
sayalah insan yang terpilih.
Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan,,
terkadang DIA memutuskan sesuatu hubungan untuk menyambungkan kembali sesuatu hubungan juga . Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmahnya di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah mengingati Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat,,
bukan sekadar kita merintih, mengadu, merayu atau minta untuk mati segera.
Tetapi kita tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan kita seperti kekasih yang sering mengecewakan.
Seperti kata pepatah Inggeris,,
“mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, mensia-siakan orang yang mencintai kamu adalah berbahaya.”
Cubalah kita fikirkan… siapa yang paling mencintai kita?
Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? …
Allahu Rabbi... 😔
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat,
“Allah menjemput saya untuk mencintaiNya!”
Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepadaNya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintaiNya untuk mencintai kita. Cinta itu bagaikan ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita itu,, ada hikmahnya yang tertentu, maka barulah hidup kita akan sentiasa bertujuan.
Setiap yang berlaku dalam hidup kita ini ialah ‘mehnah’,,
satu didikan yang datang terus dari Allah.
Hidup ini bukanlah setakat ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Jika seseorang manusia itu tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah maka manusia tersebut tidak juga akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar.
Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang surutnya dalam hidup. Ada saat dan masanya kita senang, ada ketika dan masanya kita susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu siapa sangka mungkin akan muncul pula kesusahan. Begitu juga dengan kesedihan,, dan kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt akan datangkan pula perkara-perkara yang menggembirakan hati kita .
Ambillah waktu untuk mencintai..
kerana itu adalah "hak istimewa" kurniaan dari Allah swt,,
Selagi Masih Ada,, 😊
In shaaAllah....
Jazakallah

No comments:
Post a Comment