Saturday, 6 December 2014

Hidup kita nie..macam roti, tiba masa akan Expired....

#HidupNieMacamRotiTibaMasaAkanExpired#
*Rasa Yang tetap menjadi Rahsia*
Wrote by :Arissya Aygpinky 
On Sat, 06 December , 2014 
7.00am
www.eisyaumaira2204.blogspot.com 

Hidup ini ada pelbagai rasa. 
adakalanya kita suka, 
terkadang kita sayang, cinta or rindu,
Terkadang juga hati kita akan merajuk, merasa terkilan, 
rasa cemburu, simpati, benci, menyampah, sedih, marah, geram, kecewa n what ever perasa kan??. 
Then, rasa yang bagaimana yang tetap mahu kita simpan sebagai satu rahsia?
Kadang-kadang bukan semua perkara boleh kita luahkan kepada semua manusia. 
<Samaada ianya bila diluahkan, kita merasa semacam tidak dipedulikan,, ataupun,, 
<Jika diluahkan ianya tidak mampu mengubah apa-apa lagi kenyataan.
<Sama ada bila diluahkan semakin memburukkan lagi keadaan,, ataupun,,, 
<Jika diluahkan semakin menjauhkan jarakkan hubungan.
<Sama ada bila kita luahkan hanya menambahkan lagi keresahan ataupun bila diluahkan semakin menyukarkan keputusan.
<Sama ada bila diluahkan hanya akan ditertawakan ataupun jika diluahkan hanya akan dianggap tiada kepentingan dan harus dilupakan. 
<Sama ada bila diluahkan hanya mengundang air mata murahan ataupun jika diluahkan akan menerbitkan beribu sesalan.
Siapalah yang boleh menidakkan.😔  
Manusia bukanlah selamanya boleh bersendirian. 
Boleh membendung segala-galanya tanpa mengharapkan apa-apa bantuan. Kerana kita hanyalah manusia yang terlalu lemah.
<Ada masanya segala yang kita rasa ini harus juga diluahkan. 
<Ada ketikanya segala rasa ini perlu juga dimuntahkan. 
<Ada saat yang tertentu,, segala rasa ini tidak akan boleh lagi disimpan.
Tidak selamanya hati itu boleh menampung segala juta rasa yang beratnya 
menghentak-hentak setiap dimensi hati untuk diluahkan. 
Hati kita bukannya botol kedap udara yang selamanya mampu menyimpan isi tanpa rosak dan tiada kecacatan.
Kadang-kadang,sesuatu rahsia itu terluah juga tanpa kita sedar. 
Sama ada secara sinis ataupun secara terang-terangan. 
Semakin diri itu emotional dan tidak terkawal hatinya , maka semakin mudah rahsia itu terbuka kerana jari jemari kita kini semakin terdedah pada laman penghamburan perasaan.
Bijak pandai berpesan... 
<Cara yang suci. 
<Cara yang murni. 
<Cara yang indah. 
<Cara yang tulus. 
<Cara yang sayang. 
<Cara yang paling halus. 
<Cara yang paling bersih. 
<Cara yang paling sopan... 
Dan,, 
<Cara yang paling tertib.,, 
Dalam sujud, tak mampu untuk saya menyembunyikan rasa ini. 
Bergelen-gelen airmata saya tumpah tanpa sedar. Saya luahkan pada DIA. 
Saya hanya mampu pejam mata,mendakap kedua tangan didada,,
"rindu itu saya sampaikan di angin lalu." 
Dalam sendu saya menyebut segala sejuta rasa. Apa saja rasa yang dirasa, tiada rahsia antara kita dengan-Nya. 
Sebutkan, panjatkan, harapkan, dalam doa dan berbisik dengan penuh keinsafan dan kehambaan. 
<Dia Maha Tahu. 
<Dia Maha Mendengar. 
<Dia Maha Memahami. 
Maka,, 
DenganNya kita cuba menceritakan segala situasi. 
<Yang telah lama kita simpan. 
<Yang telah kita cuba merahsiakannya dari seseorang . 
<Yang kita terlalu inginkan. 
<Yang paling kita harap-harapkan.
Hanya.. 
DenganNya, kita selesa berbicara. DenganNya kita boleh meminjam rasa gembira. 
DenganNya kita boleh kikis rasa gelisah. 
DenganNya kita boleh percaya.
MelihatNya hati kita jadi redha. 
Mereka-mereka itu hanyalah manusia yang Tuhan hantarkan untuk kita menjadi pengantara meluahkan segala rasa.
"Orang-orang yang 
berkasih-kasihan dijalan Allah, 
apabila bertemu lalu akan menjelaskan satu sama lain, 
untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin."
(Ustaz Pahrol Mohd. Juoi)
Saya adalah manusia yang dihimpit 
berjuta rasa.
Sehelai kertas pun masih tidak cukup untuk mengungkapkan rasa ini. Sebuah buku juga masih belum cukup untuk menceritakan segala rasa ini. Sepanjang hidup juga mugkin masih  tidak mampu mentafsir rasa ini. 
Jika saya ingin datang... 
Jika saya ingin meluahkan.... 
Jika saya ingin menceritakan rasa yang selama ini saya simpan.,, 
Yang saya pendam.,,
Yang saya rahsiakan.
Bersediakah dia untuk diam, 
mendengar, memahami dan tunaikan??? 😔
Jika TIDAK jawapannya, cukuplah sekadar rasa ini menjadi rasa saya sahaja . 
Bukan semua perkara didunia ditakdirkan untuk terjadinya 
"rasa ini juga menjadi rasa dia". 
Biarlah rasa ini hanya menjadi rahsia selagi kita belum bersedia untuk saling memahami dan menunaikan.
Satu hari nanti, saya harap dia akan faham.
Kata orang,,, 
Merajuk biarlah pada yang sudi. 
Berkongsi biarlah pada yang kasih. 
Tidak kira apa saja rasa yang kita rasa, 
tentu ‘Dia’ sudi faham dan sedia tunaikan.
Siapa Dia?
Hanya "dia" yang akan memahaminya. 
Ada kalanya, tiada siapa yang akan faham perasaan kita melainkan Allah walaupun kita berkongsi rasa dengan orang yang paling hampir dengan kita .
Hanya DIA sebenar-benar yang memahami apa yang kita rasa.
Sungguh banyak 'rasa' kita yang takkan semudah ABC untuk difahami orang lain, 
hanya yang menciptakan kita sahaja tempat terbaik meluahkan 'rasa' itu. 
"Hati yang remuk redam itu jadi lebih lembut terendam."
Jazakallah 
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

No comments: