#GagalAtauTakdir#
Bila jari jemari ku menari...
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Sunday, 22 March, 2015
15.00pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com
Inikah dia takdirnya?
Ketentuan dari Yang Maha Kuasa sejak azali terhadap apa yang berlaku dalam garis hayat kita yang bergelar manusia.
Beginikah or begitulah..
Adakah kejayaan kita dianggap sebagai takdir?
Apakah kegagalan kita juga disebut sebagai takdir?
Kalaulah sudah berusaha bermati-matian ,
tapi masih lagi tetap gagal,, memang selalu dikatakan sebagai takdir.
Tapi jika kita tak pernah untuk berusaha lalu gagal, adakah itu juga disebut sebagai takdir?
Bolehkah dikatakan kegagalan itu kerana takdir?
Pokok pangkalnya adalah usaha.
Samaada "buahnya" nanti adalah kegagalan atau kejayaan .
Orang kata,,
tak semestinya pohon yang tegak rendang sentiasa berbuahkan yang masak ranum semuanya.
Agaknya itulah takdir kan?.
Tapi bila dah namanya "gagal" itu memang perit. Sakit yang teramat.
Kadang-kadang kita jadi suka untuk gagal. Sudah terbiasa barangkali.
Hanya bersyukur dengan sekadar yang ada tanpa berusaha untuk menolak keterbiasaan itu .
Kata orang dengan berdoa kita boleh mengubah takdir.
Berdoa itu satu ketentuan daripada-NYA. Tidak berdoa seseorang itu jika hatinya terhijab daripada hidayah dan redha Ilahi.
Bukankah itu takdir? Sedangkan seorang ahli ibadah yang berpuluh tahun amalannya pun boleh mati dalam kekufuran kerana ketentuan Yang Maha Kuasa.
Itulah takdir.
Jika seseorang itu telah berusaha, kerana takdir telah tertulis dia seorang yang berusaha.
Seseorang itu leka, kerana takdir juga telah tertulis bahawa dia begitu.
Tapi Allah Maha Mengetahui.
Tidak ditentukan sesuatu itu berlaku melainkan yang terbaik untuk hamba-Nya.
Kalau gagal itu satu ketentuan, itulah yang terbaik yang harus berlaku. Setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah yang terbaik untuk kita.,
selagi kita masih berpegang di landasan yang tepat.
Gagal itu bukanlah suatu balasan, itulah namanya ujian bagi orang yang tahu cara berfikir .
Terserah bagaimana cara manusia itu ingin menerimanya, asalkan kita tidak pernah berputus harap pada Yang Maha Memberi.
Kalau kita gagal hari ini, atau esok, dan seterusnya, wajarkah kita berasa sesal terhadap diri sendiri?
Ya, memang wajar kalau itulah yang boleh membuat kita mengubah diri.
Tapi tidak kalau sesal itu cuma membuahkan ragu pada tindakan, dan memusnahkan harap pada kemampuan.
Balasan atau ujian, hakikatnya ianya satu kurniaan.
Sering saya merenung pada kehidupan sendiri dalam satu lingkungan pandangan yang tertutup.
Sering saya menilai perbezaan yang wujud antara saya dan mereka.
Apa, kenapa dan bagaimana, semuanya jelas.
Lalu jadilah saya hamba yang suka menghukum.
Waktu masih kecil saya suka berkhayal. Sekarang pun saya masih begitu. Dulu saya sering mengimpikan kehidupan yang indah-indah belaka.
Saya tak sukakan kartun "Dragon Ball" kerana jalan ceritanya yang karut, tetapi yang magical nya, saya tertarik pada kisah"Doraemon" kerana ingin jadi seperti "Nobita" yang sentiasa mendapat apa saja yang dihajati, semuanya indah-indah belaka.
Tapi kalau dah nama pun kehidupan,
yang dikatakan berwarna-warni ialah bila kita terpalit pada perisa-perisa yang "rencam" sifatnya. Yang indah, yang pahit, yang manis,
yang sakit sangat-sangat,, semuanya pasti ada dalam seribu satu rasa.
Bila kita sedar akan erti sebenar REDHA, tiada apa yang boleh melemahkan langkah.
Jatuh, bangun, kecewa, bahagia, luka dan gembira, semuanya pasti untuk kita rasa.
Allah knows who belongs in your life & who doesn't..🌝 (●*∩_∩*●)
Jazakallah

No comments:
Post a Comment