Saturday, 27 September 2014

Luka ditangan nampak berdarah,, Luka dihati Allah yang tahu




#LukaDitanganNampakBrdarahLukaDihatiAllahYgTahu#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Thursday, 25 September, 2014 
23.16pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com 

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” 

(Riwayat Ahmad)

Luka Di Tangan Nampak Berdarah..tapi Luka Di Hati ??

Aduuuhhhh..jari saya terhiris pisau...mungkin besar kot luka nye..tapiiiiiii..
taklah seperit or sesakit luka yang telah saya rasa dihati.....😔
Luka di jari memang nampak berdarah..
Tapi... 
Luka dihati ?? tak siapa yang tahu keadaannye..
Bila tengok luka kat tangan..boleh ajer sapu minyak gamat or TAMPAL dengan handyplast je..
Dua tiga hari dah pulih... dah pun tertutup luka itu ..
Tapi bila luka itu dah melarat kat hati ?? 
Rasa2 bole ker TAMPAL dgn handyplast ? 
Kalaulah luka dihati tu boleh disembuhkan dengan minyak gamat..taklah saya rasa separah ini 😔
Kalaulah luka dihati tu dua tiga hari dah boleh sembuh macam luka yang kena kat jari..taklah jiwa saya rasa kosong sangat-sangat. 😔
Mesti takkan ada yang akan cakap cinta itu terlalu MENYAKITKAN..
(am I right?) 😔
Mesti takkan wujud or tercipta sengketa kita..
Mesti takkan ada SEPI yang berpanjangan..
Mesti takkan ada hati yang patah dan kalau ada yang patah pun akan tumbuh dan yang hilang akan tetap berganti..
Dan semestinya takkan wujud lagu 
AKU TAK PERCAYA CINTA..kan..?? 

Tapi sejujurnya,, sakit di jari saya terhiris pisau..memang pedih rasanye,, tapi.. 

tidaklah sepedih dan sesakit hati saya yang dihiris-hiris secara halus..
Jari saya terhiris dek pisau..dengan darah meleleh yang tak henti-henti...
sampai orang tak sanggup nak tengok..
tapi jiwa saya terasa kosong. 
Saya tak terasa pun sakit yang teramat..
pedih pun tidaklah sepedih mana..
tapi tatkala sakitnya hati saya bila di toreh oleh pedihnya lidah manusia 😔
Ya Allah.. sakitnye..pedihnye..
tak ada ubat..yang boleh merawat luka "halus" saya. 

Luka di HATI tu ..ibarat PAKU di dinding..

diketuk sesuka hati,,dan bila dicabut sesuka hati..
dinding takkan sama seperti yang asalnya..
begitulah luka di HATI..tetap akan nampak lukanya,, 
walaupun telah dimaafkan..parutnya tetap ada. 

INGAT yea kawan2, 

Dosa kita dengan ALLAH kita boleh minta ampun pada yang Tuan Punya Dunia ,
Tapi tatkala DOSA kita sesama manusia kita,, PERLU minta maaf pada orang yang kita sakitkan... 
-selami hati,tanya iman- 
(by Ibnu Hussin ;) 

Dengan berlapang dada,, saya share kat blog nie supaya kita saling ingat-mengingati.

So minta maaflah andai saya ada tersalah or tersilap,,
even saya terkasar yang tak kena pada tempat.. 
or apa sjer kalau yang ada la.  
Apapun , jangan kita selalu menuding jari dekat orang lain tanpa lihat kelemahan diri kita sendiri juga. 
Manusia nie bukannya bersifat maksum,, 
Yang tak pernah berbuat dosa. Yang penting perubahan kita kearah yang lebih baik. Itulah yang Allah pandang. 
Tak perlu kita jadi mulia hanya setakat dimata manusia semata-mata kan.?? 
Muhasabah diri bersama sahabat diluar sana. 
Kalau ada apa-apa yang tak puas hati,, kan bagus kalau bincang baik-baik . Untuk apa kita maki-maki,, sound-sound orang kat fb nie even kalau face to face pun . 
Tak dapat apa-apa pahala pun. Kita cuma akan sakitkan hati kita sendiri dan neraca dosa kita pun bertambah. 
Ya Allah tahu tak azab Allah tu Maha Dasyat. 
Jangan sesekali kita sengaja menyakiti hati orang lain. 
Sebab.. kadang-kadang luka ditangan akan nampak berdarah,, 
LUKA DIHATI ALLAH YANG TAHU
Kita tak tahu kalau ada orang yang tersinggung dengan percakapan kita . Ungkapan maaf tu cukup untuk meredakan api kemarahan bagi mereka yang benar-benar beriman dengan Al-Quran dan Sunnah. 
Tiada satu manusia pun tiada keburukan dalam diri mereka. 
Jadi kita sesama sendiri kena la saling melengkapkan dan saling ingat mengingati. Bukan benci-membenci :)

Kalau kita rasa ada buat salah dekat seseorang tu,, 

cepat-cepatlah kita minta maaf. 
Tapi khilaf manusia nie kadang-kadang kita tak sedar.)
Apa yang boleh,, kita mintalah keampunan dari Allah 
banyak-banyak supaya andai kita ada sakitkan hati sesiapa,, orang tu akan terbuka hati dengan sendirinya untuk maafkan kita kan?? 
Tapi bagi yang sedar akan kesilapan mereka and dah memohon maaf,, cukuplah sekadar itu, 
Allah Maha Tahu setiap apa yang tersirat dihati kita. 
Manusia boleh judge orang,, juga kelebihan diri kita sendiri. Tutuplah aib sendiri,, n janganlah kita berbangga dengan keaiban,, kerana Allah juga menjaga aib kita .

"People do mistakes but the one who gave an appology is the one whom got my respected"


Lastly, kalau rasa x bole nak go on with friendship or relationship dengan somebody tu,, 

just doakan la dye berubah kearah yang lebih baik . 
Give some support untuk dye dari jauh pun takpe . 
Kalau tak mampu nak buat macam tu,, sakit hati sangat ke dengan what happen semua tu just anggap je dye tak pernah wujud dalam kamus hidup kita . 
Teruskan hidup macam biasa dengan lebih tenang . 
Sebab kita berhak memilih dengan siapa kita nak berkawan or berkasih sayang . Kadang-kadang KAWAN atau orang yang kita CINTA tu lambang peribadi kita juga. 
Bukan bermakna kita tak boleh BERKAWAN atau bercinta dengan orang yang jahil agama,, tapi kalau kita berkawan atau berkasih sayang and tak mampu bimbing dye,, bertambah pula risau,, kalau2 kita akan terikut benda yang dilarang agama. 
Jangan pula bila kita dah berkawan or cinta tu,, 
yang salah pun kita diamkan and kita sokong cara dye. 
SAYANG kawan TEGUR-TEGURKAN. 
SAYANG pada orang yang kita sayang sangat-sangat,, 
IKAT dye DENGAN CINTA KETAT-KETAT:)

HADIS / FIRMAN ALLAH TENTANG SAHABAT


"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, 

maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." 
(Riwayat Ahmad) 

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." 

(al-Zukhruf:67) 

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." 

(Al-Mustadrak ala al Sahihain) 

"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." 

[Riwayat Abu Daud)

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" 

(Riwayat Abu Daud) 

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." 

(Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr) 

Sungguh teguran saya ini untuk kesedaran bersama . 

Mustahil kalau diri saya tidak punya khilaf . 
Tapi saya melakukan apa sahaja demi rasa sayang ini pada ukkhuwah fillah . Juga dakwah saya demi deen , ISLAM . 
Maafkan segala apa yang salah . :) UKHWAHFILLAH.

Jazakallah 

www.eisyaumaira2204.blogspot.com

No comments: