#SungguhHatiItuHanyaBisaDisentuhDgnHati#
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Saturday, 04 October , 2014
05.24am
www.eisyaumaira2204.blogspot.com
**Sungguh... Hati itu hanya bisa disentuh dengan Hati **
"Jika kita mencari orang yang baik, kita mungkin akan Kecewa, tapi bila kita menjadi orang yang baik, maka akan muncul dihadapan kita orang yang baik-baik"
Hati sedingin salju
'Dan jika kamu masih tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, Minta hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati!'
Sentappp. Itu petikan kata-kata Imam Ghazali yang menyuruh kita berdoa pada Allah meminta hati yang baru seandainya kemanisan untuk beribadah pada Allah tu tak lagi dapat kita rasai. Nak kata sampai tahap macam tu sekali Imam Ghazali nak tekankan pentingnya kehadiran hati tu dalam beribadah. Bukan sahaja dalam
solat 5 minit, tunggang terbalik, lepas tu dah.
Solat kita 5 waktu sehari semalam, tapi tak pernah langsung rasa seronok untuk melakukan solat tu.
Dah lama saya tak update blog. Bukan sebab sibuk... Sbb orang lain pun ada 24 jam jugak masa sehari, sempat jek .
Nie sekadar duduk depan laptop dan menulis, still saya tak mampu untuk buat. Kenapa?
Sebab saya dah takde idea.
Itu alasan yang selalu diberikan bila orang tanya saya bila saya nak update blog.
'Saya rasa hati saya nie dah beku.'
Haa. Mengaku akhirnya!
Betul, tak tipu. Saya dah lama tak menulis, sebab sejak akhir-akhir nie saya terasa dah takde apa yang dapat menyentuh hati saya untuk dikongsikan dalam blog.
Kadang-kadang, bila start menulis, saya hilang mood. Saya boleh meneruskan menulis, tapi hakikatnya saya hanya sekadar menulis dengan akal,, tapi bukan dengan hati. Walhal saya sangat merasakan, untuk menyentuh hati orang lain, saya perlu menulis dengan hati.
Hati tu kan ibarat gelas. Jika kita tuang air yang kotor ke dalamnya, maka kotorlah gelas itu .
Jika kita biarkan air yang kotor tu lama-lama dalam gelas, semakin lama kotoran tu akan semakin melekat pada gelas. Nak basuh pun susah sebab kotoran dah melekat. Macam tu jugaklah dengan hati. Bila kita asyik isi hati kita ni dengan perkara-perkara dunia, hati makin lama makin kotor. Bila kotoran dunia lama berada dalam hati kita, susah kita nak hilangkan.
Itulah yang saya rasa. Beku... dan sedingin salju. Hati saya dah susah untuk nak tersentuh dengan ayat-ayat Allah. Hati saya dah lama tak merasa rindunya nak jumpa Allah dalam solat malam. Hati saya seolah-olah sudah tidak mengenali siapa penciptaNya.
Allahu Rabbi..😔
Saya sedih. Tapi saya buat-buat tak tahu. Sampailah pada satu hari,, saya tanya sahabat baek saya, macam mana nak cairkan hati. Dia menangis. Dia rasa hati dia juga dah tak macam dulu.
Dia dah susah nak menangis kerana Allah. Rupa-rupanya dia mengalami masalah yang sama macam yang saya alami. Bezanya, dia berusaha untuk dapatkan kembali hati dia, sedangkan saya tak mampu untuk berbuat
apa-apa. Dan tangisan dia pada hari tu merupakan petiran untuk saya. Terdetik dalam hati saya , tangisan dia seolah-olah pertanyaan Allah pada saya,
'Wahai hambaKu, tidakkah kau malu memiliki hati yang jauh dariKu? Tidakkah kau mahu kembali dekat padaKu?'😔
Kenapa hati saya boleh beku sampai macam tu sekali?
Saya kembali merenung perbuatan saya sejam, 2 jam, 3 jam, seminggu, 2 minggu, sebulan, 2 bulan yang lalu. Ya Allah.
Apa yang saya dah buat?
Saya check semula mutabaah amal saya. Tunggang-terbalik. Terlalu banyak sangat yang kosong. Banyak yang telah saya tinggalkan. Jika di'list' semua cara hidup saya dalam masa beberapa bulan ni, hidup saya semuanya dipenuhi dengan dunia. Ya. Dunia. Dunia seolah-olah sudah berjaya merampas hati saya dari Allah.
Teringat satu kisah di zaman Rasulullah;
Pada zaman Rasulullah dulu, ada sekelompok sahabat yang dikatakan mempunyai iman yang bersinar dan berkilau, setiap kali mendengar Rasulullah bercerita mengenai syurga, neraka, hari akhirat etc, mereka pasti mengalirkan air mata kerana rasa cinta dan takut pada Allah. Namun, ada seorang sahabat yang bernama Usamah tidak dapat mengalirkan air mata seperti sahabat-sahabat yang lain sehinggalah pada suatu hari, Usamah pergi mengadu pada Rasulullah tentang keadaannya itu.
Jawab Rasulullah;
'Air mata itu tidak dapat mengalir kerana kerasnya hati. Dan kerasnya hati kerana banyaknya dosa. Banyaknya dosa kerana kurangnya mengingati mati. Dan kurangnya mengingati mati itu terjadi kerana kecintaan kamu kepada dunia. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kecintaan pada dunia itu merupakan punca pada segala masalah.'
Hanya kerana kesibukan dunia, saya kehilangan kemanisan beribadah pada Allah.
Hanya kerana dunia jugalah , saya kini kehilangan semangat untuk hidup. Semuanya berpunca dari dunia.
'Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka? Dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.'
[57:16]
Allah bertanya dalam surah
al-hadid, bila kita nie nak khusyuk mengingati Allah?
Setiap kali dunia itu datang, kita akan kembali berpaling.
Itulah bukti yang kita masih tidak khusyuk. Terukkan kita?
Kita mengadu,, meminta macam-macam dari Dia, tapi untuk ingat Dia pun kita tak nak.😔
Tapi, Allah sambung pada ayat seterusnya dalam surah yang sama,
'Ketahulilah, Allah yang menghidupkan bumi setelah matinya (kering).'
[57:17]
Tak kisahlah betapa kerasnya hati saya sekarang, betapa beku dan betapa dinginnya hati saya , tapi hamdan lillah.. sekurang-kurangnye saya masih sedar yang saya hanya ada Allah.
Allah, Tuhan yang mampu menghidupkan bumi setelah ia kering, maka, hanya Allah juga mampu menghidupkan kembali hati seseorang setelah ia mati.
"When you feel sad, what you actually need is a little time to yourself with Quran in your hand, tears in your eyes, and Allah in your heart. And it will make you feel better. :')"
Sungguh, hati itu hanya bisa disentuh dengan hati.
Jazakallah
Www.eisyaumaira2204.blogspot.com

No comments:
Post a Comment