#SiapaYgTidakCukupDgnYgSedikitTidakAkanPuasDgnYgBanyak#
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Thursday, 9 October, 2014
21.37pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com
"Berkata benarlah,walaupun pahit...Sungguh,,
Saya mencintai dikalangan orang² yang soleh, meskipun saya BUKANlah sebahagian daripada mereka..
Saya sangat membenci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa saya sedar, yang saya juga adalah SEBAHAGIAN daripada mereka..
Allahu Rabbi... 😔
Manusia itu sering bertanya,
"mana lagi, apa lagi, siapa lagi."
Segala apa yang ada memang takkan pernah nampak cukup, takkan pernah rasa sempurna . Tapi sebenarnya ramai yang tak sedar bahawa cukup atau tidak suatu kehidupan itu bukanlah dari pandangan mata kasar atau material semata-mata . Kalau dah fitrah namanya manusia, masakan pernah cukup dengan yang satu atau dua nikmatnya dunia. Bahkan andai kita diberi APEPUN seluas gunung dan bukit-bukau, emas selautan dalam, masih tetap akan ada lagi permintaan lain selain daripada itu.
Segala_galanya adalah realiti.
Pilihan. Setiap saat,, setiap detik,, kita diberikan dengan pelbagai pilihan. Ada yang mungkin nampak di mata, ada yang telah pun tersurat, ada yang hanya tersirat, ada saat-saatnya yang manis, ada ketikanya PAHIT menjelma, masin dan kelat. Segalanya adalah satu pilihan dan setiap pilihan itu ada jalan ke arah kebaikannya.
Tiada satu pun pilihan dalam dunia ini perlaksanaannya adalah pilihan yang salah melainkan jalan untuk membentuknya sahaja yang salah. Namun segalanya tetap berbalik kepada pilihan . Setiap apa yang berlaku itu adalah implikasi daripada perjalanan perlaksanaan ke atas pilihan yang dahpun kita buat. Tapi tak semuanya menjaminkan kesenangan dan keselesaan kan? .
Kemustahilan yang wujud dalam setiap kehidupan adalah merupakan suatu cabaran yang maha besar bagi penerimanya. Sebenarnya tiada satu pun perkara yang mustahil dalam dunia ini melainkan ianya tidak diizinkan oleh-Nya. Biarlah ada yang kata tak mungkin,
ada yang kata mustahil,
ada yang kata itu satu keajaiban Andainya itu berlaku, tapi selagi keazaman itu ada, selagi kekuatan minda mengatasi segala-galanya, kemustahilan itu hanyalah sekadar alasan bagi orang-orang yang mengalah.
Orang akan hormat kita bila kita jujur dalam kehidupan.
Biarpun satu kejujuran itu mungkin menyumbang kepada rasa sakit hati tapi yang menjadi pokok pangkalnya ialah jujur.
Apabila satu perkara yang diselindungkan dan kebenarannya diungkai, itu bukanlah dinamakan kejujuran tapi itu adalah keterpaksaan.
Keterpaksaan dan kejujuran adalah satu garis kehormatan yang cukup berbeza.
Ada di neraka mana kejujuran itu seharusnya berlaku tanpa ada paksaan dan keterpaksaan itu jelas berlaku bila adanya waktu. Mudahkan, sekiranya tiada satu desakan maka perkara itu akan tetap menjadi satu lindungan dari kebenaran, itulah hakikatnya.
Ketidak puasan, pilihan, kemustahilan dan kejujuran, adalah antara perkara asas yang senantiasa menjadi suatu yang rumit dalam kehidupan andainya tidak diurus dengan sempurna. Manusia sememangnya tidak akan lari dari tergelincir dari landasan hidup ini, cuma yang membezakan mereka ialah seberapa pantas mereka berada dalam landasan yang sebenar, dan seberapa pantas tidak balas diambil untuk terus berada dalam landasan itu. Segalanya berasas dari kejujuran hati, kerana SESUNGGUHNYA HANYA dengan KEJUJURAN sahaja,,, semuanya menjadi lebih mudah dan tanpa kejujuran segalanya akan mula berkecamuk. Semudah itu.
Jazakallah...

No comments:
Post a Comment