Saturday, 13 September 2014

SELAMATKANLAH SAYA DARI NERAKA

#SelamatkanlahSayaDariNeraka#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Saturday, 13 September, 2014
21.00pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

**Takkan terhidu harumnya mewangi,, andai tak dinyalakan setanggi,,
Takkan terasa manisnya hidup,, andainya tidak dilambung gelora,,**

Kepada sahabat2 saya diluar sana ,, entri ini ditulis bukan untuk menperlekehkan sesiapapun , sekadar berkongsi peringatan bersama…

**SELAMATKANLAH SAYA DARI NERAKA! **

"Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!"

Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya:
"Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda:
"Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah dari penghuni neraka."
Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: "Mengapa wahai Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Kalian banyak melaknat dan derhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian."
Mereka bertanya lagi:
"Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’
Baginda menjawab:
"Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?"
Mereka menjawab: "Benar."
Baginda berkata lagi: "Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?"
Mereka menjawab: "Benar."
Baginda berkata:
"Itulah (bukti) kekurangan agamanya."
(Riwayat al-Bukhari no. 298)

Setiap suami yang mencintai isterinya pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Betapa tidaknya, tegakah anda melihat isteri anda yang tersayang terhumban ke dalam neraka hanya kerana dari lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak pernah bersyukur?
Cakap suami itu dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.
Isteri yang sebegini ternyata perlukan bantuan.
Dia sedang “sakit”. Tetapi bukan mudah untuk membantu orang sakit yang sentiasa berasa dirinya benar dan betul. Silap2, dia boleh jadi semakin menyinga.
Isteri begini terlupa bahawa selagi suami itu tidak menyuruhnya kepada yang haram,, maka isteri wajib taat. Dia terlupa untuk mensyukuri pemberian suami yang kecil.
Dia sudah tidak ingat lagi bahawa jalannya menuju
ke syurga adalah melalui pintu gerbang ketaatannya kepada suami.
Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia bernama suami.

Kepenatan menguruskan rumah tangga bukanlah alasan untuk meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi penyeri rumah tangga. Begitu juga jika dilihatnya ada kelemahan dan kekurangan pada diri seorang suami…
Janganlah dijadikan alasan untuk melawan dan merendah-rendahkan maruah suami .
Selagi dia yang bergelar suami itu tidak menyalahi aqidah dan syariat,
maka selagi itulah seorang isteri itu wajib patuh dan taat .

Ambillah iktibar daripada Asiyah isteri kepada Firaun.  Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah hasil ketaatan dan kebaikan yang dicurahkan kepada suaminya. Kecuali menyembah tuhan selain Allah, itu sahaja yang tidak dituruti oleh Asiyah.
Segala suruhan Firaun yang selain itu dilaksanakannya dengan sepenuh hati. Ertinya, beliau terus melaksanakan perintah yang baik walaupun suaminya itu datangnya daripada seorang yang jahat.
Selayaknya isteri harus sedar bahawa kita tidaklah sebaik Asiyah,, dan suami mereka tidaklah sejahat Firaun.
~Hanya kadangkala suami itu terlupa,
~sedikit berang kerana dia sebenarnya keletihan,
~menjadi sedikit ego kerana ada sesuatu yang dirisaukan,
~tidak senyum kerana masalah di luar rumah,
maka isteri itu menjadi pemarah, pendendam dan peleter yang tidak mengenal tempat dan maaf.

[Lembutnya Berbahasa]
Sesungguhnya bahasa yang baik itu datangnya dari orang yang baik2. Tetapi jika bahasa itu kasar, kesat dan kotor,,
itu adalah petanda dijiwanya yang kotor.
Bahasa dan tutur kata terlalu besar kesannya dalam hidup berumahtangga.
Dalam kitab-kitab tradisional pun ada mengatakan bahawa bahasa isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik2.. Ingatkah kita apa pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan firaun?
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.”
(Surah Taha 20: 44)

Hanya dengan bahasa yang lembut, intonasi yang lunak sahaja dan adab yang sopan, maka hati suami itu akan “cair” dan tertumpah extra kasihnya .
Sebaliknya, kata-kata yang kasar dan intonasi yang tinggi akan ditolak secara terang-terangan atau secara diam-diam WALAUPUN  ternyata isinya ada kebenaran dan kebaikan.
Kan Allah dah mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 159)

Menurut kajian, sikap cerewet adalah salah satu punca yang menyebabkan rumah tangga tidak bahagia.
Isteri yang cerewet hanya nampak yang cacat, yang busuk, yang kurang, yang pahit dan absolutely hal-hal yang negatif sahaja. Sedikit kesilapan.. boleh menjadi punca kemarahan yang berjela-jela yang terlalu sukar untuk diredakan.
Ada saja perkara yang tidak kena dimata isteri sebegini kerana dia sememangnya mencari yang “tidak kena” sahaja .
Dia seringkali berjaya mencari “nila yang setitik” untuk merosakkan susu yang sebelanga.

Tindakan suka melaknat dan tidak mensyukuri pemberian suami ialah penyebab utama kebinasaan wanita bergelar isteri .
Namun itu bukan bererti suami harus berlepas tangan dan berasa selamat dengan autoriti serta haknya sebagai suami.
Suami juga harus ingat jika isteri berterusan dalam keadaan begitu maka secara automaticnya dia juga tidak selamat.
Whyy?
Because suami wajib mendidik isteri dan menyelamatkannya. Isteri yang baik akan lebih mudah masuk ke dalam syurga sekalipun suaminya jahat,
Akan tetapi untuk suami2 yang baik sangat2 terlalu sukar untuk masuk kesyurga jika isterinya jahat.

"Selamatkanlah saya Isterimu wahai Hubby"
Di bahu para suamilah terletaknya tanggungjawab menyelamatkan isteri yang suka melaknat dan tidak bersyukur itu. Selain istiqamah,, mendidik dan memberi peringatan, suami harus tidak jemu-jemu mendoakan isterinya yang sebegitu. Bantulah mereka agar sering bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka. Janganlah hanya mengeluh dan memendam rasa,, tetapi berusahalah memperbaiki keadaan dan sengsara itu dengan berlapang dada.
"Plzz do it for your beloved wife sayang"

Bagi suami yang ada title "pemberang" pula...
let's remind our husbands :-
"Jangan berlawan api dengan api… nanti rumah tangga terbakar dan cinta itu akan terpadam.
Tidak semua leteran itu semata-mata kerana kebencian,
tetapi kekadang lebih kepada luahan hatinya .
Justeru bersabarlah pada sesetengah leteran yang hakikatnya hanya satu rintihan dan pengaduan."

Contohilah Sayidina Umar al-Khattab yang rela menahan “telinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai kesusahan isterinya yang keletihan menguruskan rumah tangga dan menjaga anak-anak. Padahal Umar di luar rumah bukan sahaja digeruni oleh musuh-musuhnya, bahkan syaitan sekalipun tidak akan lalu di tempat dia lalu!
Sebagai suami, Umar sedar bahawa bukan semua leteran itu satu kesalahan,, tetapi banyak antaranya hanya dari satu luahan cinta daripada kekasih yang keletihan!
How amazing he ? Really impressed me...
Allahu Rabbi.. 😍

Didiklah isteri agar selalu bersedekah.
Bersedekah itu bukan setakat harta tetapi dengan tenaga, meluangkan masa ataupun sekadar memberi senyuman.
Itulah saranan daripada Rasulullah s.a.w untuk tidak tergolong dalam wanita yang akan dihumban ke neraka.
Carilah ruang dan peluang itu untuk memberi sedekah kepada anak-anak, suami, jiran tetangga, sahabat2 kita , mentua, saudara dan pada yang memerlukannya.

Dalam sejarah hidup wanita-wanita solehah kita akan lihat bagaimana mereka sangat melazimi cara hidup yang mudah bersedekah ini. Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Zainab dan
lain-lain Umahat al-Mukminin ialah wanita yang terkenal banyak bersedekah. Ini adalah satu lagi isyarat untuk wanita-wanita selepas generasi mereka dan khususnya generasi kini agar bersedekah untuk menyelamatkan ketelanjuran lidah yang berbisa dan hati yang tidak membesarkan jasa.

Bersedekahlah kerana cinta..
Yang bernama isteri,, bersedekahlah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati.
Yang bernama suami,, bersedekahlah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka.
In shaa Allah, Allah akan “sedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya.
Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta until Jannah!!

[Bila Isteri “Mengamuk"]

Kekadang isteri mengamuk terlalu melulu,,
Dengan ombak prasangka dan api cemburu,,
"Apa bukti setianya suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira hendak “mendua”, “mentiga” or “mengempatkan”ku? Ktenye....
Ada saatnya disergahnya suami,,
Ketika keringat dia masih lagi membasah,,
Baru nak melangkah masuk pintu rumah.. di herdiknya suami,, Sounds like selfish right??,,
Adilkah begitu sayangnya kita pada suami wahai
isteri ?
Ketika itu bermuhasabahlah diri sendiri wahai SUAMI..
Mungkin sebelum ini suami itu pernah berdosa dengan"Tuhan Yang Punya Dunia" atau mungkin pernah bersalah dengan insan yang suatu ketika dulu terlalu mengharapkan,,
Because..
What comes around,, goes around...
Mungkin banyak sangat dosa dan penganiayaan yang telah dilakukan,,
Lalu datanglah “serangan” itu sebagai peringatan
Yang bernama suami,,
Hadapkanlah diri kalian ke cermin hati..
Kajilah dirimu itu setiap satu persatu..
Kalaulah saat dan ketika ini terlalu liar,
maka berhentilah melakukannya,,
Kalaulah pernah melakukan dosa, maka bertaubatlah.

Satu teguran "VERSI SENTAP" untuk mereka2 diluar sana yang bergelar "SUAMI" :-

"Jangan pernah memasang niat atau berkira-kira hendak “berdua” or "bertiga" even ramai manapun.
Selayaknya..kalaulah SATU yang ada itu pun sudah tidak mampu untuk dijaga apatah lagi jika ada yang extra.
Jangankan setakat pada kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah anda meratakan hak untuk mereka, berlaku adil pada setiap satunya dan layakkah anda memimpin mereka dengan penuh kasih sayang?"
Tepuklah dahi,, letakkan tangan anda di hati,,
Cermin - cerminkanlah diri sendiri,,
N tanyalah dekat diri sendiri :-
"Layakkah aku berbini lagi"...????

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu,,
maka nasihatkanlah dia dengan cara yang  baik-baik
Ingatlah setiap kata2 didalam kitab-kitab tua:-
"Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayyub."

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:-
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu anda ,,
Dia yang menyelamatkan anda  daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak anda
Dia yang membantu menjaga makan minum anda
Dia yang mencuci kain-baju anda
Dia yang memberikan segala kasihsayang pada anda tanpa kenal erti jemu …
Lalu apa salahnya anda  bersabar dengan kerenah mereka?”
Taburkanlah segenggam salji,, pada secubit api
In shaa Allah,
cinta itu akan semarak kembali!😉😉

Jazakallah...
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

No comments: