Wednesday, 22 April 2015

Sejuta rasa...

#SejutaRasa#
*Rasa Yang tetap menjadi Rahsia*
Wrote by :Arissya Aygpinky
On , 21 April , 2015
11.40pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

*Hidup kita ini ibarat sekeping roti,, Bila tiba masanya..akan expired,,,*

Hari ini kita mungkin
terlalu cinta,
tapi esok- esok siapalah yang tahu,,
mungkin sudah lupa,
Kelmarin yang berlalu,
kita terlalu  benci,
siapa sangka kan,,
sekarang hati sudah begitu rindu ingin bertemu...
kerana,,,, hati manusia itu sering berbolak-balik.
Sesungguhnya...
Manusia itu kan cepat berubah..πŸ˜”
Satu perkara yang saya pelajari dari kehidupan ini,, ianya perlu diteruskan.
Satu perkara yang saya pelajari dari "cinta", bahawa ianya tidak akan selalu bertahan.
Apa yang saya pelajari dari manusia,,
bahawa manusia itu terlalu cepat berubah,,
terlalu cepat berbolak-balik hatinya.

Hidup ini ada pelbagai rasa.
adakalanya kita suka, terkadang kita sayang,
cinta or rindu,
Terkadang juga hati kita akan merajuk,
merasa terkilan,
rasa cemburu, simpati, benci, menyampah, sedih, marah, geram, kecewa n what ever perasa kan??.
Then, rasa yang bagaimana yang tetap mahu kita simpan sebagai satu rahsia?
Kadang-kadang bukan semua perkara boleh kita luahkan kepada semua manusia.

#Samaada ianya bila diluahkan, kita akan merasa semacan tidak dipedulikan,,
ataupun,,
#Jika diluahkan ianya tidak mampu mengubah apa-apa lagi kenyataan.
#Sama ada bila ianya diluahkan,, semakin memburukkan lagi keadaan,,
ataupun,,,
#Jika diluahkan semakin menjarakkan hubungan.
#Sama ada bila ianya diluahkan hanya menambahkan lagi keresahan ataupun bila diluahkan semakin menyukarkan sesuatu keputusan.
#Sama ada bila kita jujur tatkala meluahkan sesuatu,, hanya akan ditertawakan ataupun jika diluahkan hanya akan dianggap tiada kepentingan dan harus dilupakan.
#Sama ada bila diluahkan hanya mengundang air mata murahan ataupun jika diluahkan akan menerbitkan seribu satu macam sesalan.
Siapalah yang boleh menidakkan.?? πŸ˜”
Manusia itu bukanlah selamanya boleh untuk bertahan.
Boleh membendung segala-galanya bersendirian tanpa mengharapkan apa-apa bantuan. Kerana kita hanyalah manusia yang terlalu lemah.
#Ada masanya segala yang kita rasa ini harus juga diluahkan.
#Ada ketikanya segala rasa ini perlu juga dimuntahkan.
#Ada saat yang tertentu,, segala rasa ini tidak akan boleh lagi disimpan.
Tidak selamanya hati itu boleh menampung segala berjuta rasa yang beratnya menghentak-hentak setiap dimensi meminta untuk diluahkan.
Hati kita bukannya seperti botol kedap udara yang selamanya mampu menyimpan segala isi tanpa rosak dan tiada kecacatan.
Kadang-kadang,sesuatu rahsia itu terluah juga tanpa kita sedar.
Sama ada secara sinis ataupun secara terang-terangan.
Semakin diri itu emotional dan tidak terkawal hatinya , maka semakin mudah rahsia itu terbuka kerana jari jemari kita kini semakin terdedah pada laman penghamburan perasaan.
Bijak pandai berpesan...
Cara yang suci.
Cara yang murni.
Cara yang indah.
Cara yang tulus.
Cara yang sayang.
Cara yang paling halus.
Cara yang paling bersih.
Cara yang paling sopan...
Dan,,
Cara yang paling tertib.,,hanyalah bersujud padanya..
Dalam sujud, tak mampu untuk saya menyembunyikan rasa ini. Sudah bergelen-gelen airmata saya tumpah tanpa sedar. Saya luahkan segalanya pada DIA. Saya hanya mampu pejam mata,mendakap kedua tangan didada,,
dan segala rasa...
"rindu itu saya sampaikan hanya di angin lalu."
Dalam sendu saya menyebut segala sejuta rasa.
Apa saja rasa yang dirasa, tiada rahsia antara kita dengan-Nya.
Sebutkan, panjatkan, harapkan, dalam doa dan berbisik dengan penuh keinsafan dan kehambaan.
Dia Maha Tahu.
Dia Maha Mendengar.
Dia Maha Memahami.

Maka,, DenganNya kita cuba menceritakan segala situasi.
Yang telah lama kita simpan.
Yang telah kita cuba rahsiakan dari seseorang .
Yang kita terlalu inginkan.
Yang paling kita harap-harapkan..

Hanya..
DenganNya, kita selesa berbicara. DenganNya kita boleh pinjam rasa gembira.
DenganNya kita boleh kikis rasa gelisah.
DenganNya kita boleh percaya.
MelihatNya hati kita jadi redha. Mereka-mereka itu hanyalah manusia yang Tuhan hantarkan untuk kita menjadi pengantara meluahkan segala rasa.

"Orang-orang yang
berkasih-kasihan dijalan Allah,
apabila bertemu lalu akan menjelaskan satu sama lain,
untuk mengikis segala kesalahan daripada mereka sebagaimana daun-daun kayu yang kering berguguran di musim dingin."
(Ustaz Pahrol Mohd. Juoi)

Saya adalah manusia yang dihimpit berjuta rasa.
Sehelai kertas pun masih tidak cukup untuk mengungkapkan rasa ini. Sebuah buku juga masih belum cukup untuk menceritakan segala rasa ini. Sepanjang hidup juga mungkin masih  tidak mampu mentafsir rasa ini.
Jika saya ingin datang...
Jika saya ingin meluahkan....
Jika saya ingin menceritakan rasa yang selama ini saya simpan.,,
Yang saya pendam.,,
Yang saya rahsiakan.
Bersediakah dia untuk diam, mendengar, memahami dan tunaikan??? πŸ˜”
Jika TIDAK jawapannya, cukuplah sekadar rasa ini menjadi rasa saya sahaja .
Bukan semua perkara didunia ditakdirkan untuk terjadinya "rasa ini juga menjadi rasa dia".
Biarlah rasa ini hanya menjadi rahsia selagi kita belum bersedia untuk saling memahami dan menunaikan.
Satu hari nanti, saya harap dia akan faham.
Kata orang,,,
Merajuk biarlah pada yang sudi. Berkongsi biarlah pada yang kasih. Tidak kira apa saja rasa yang kita rasa, tentu ‘Dia’ sudi faham dan sedia tunaikan.
Siapa Dia?
Hanya "dia" yang akan memahaminya.
Ada kalanya, tiada siapa yang akan faham perasaan kita melainkan Allah walaupun kita berkongsi rasa dengan orang yang paling hampir dengan kita .
Hanya DIA sebenar-benar yang memahami apa yang kita rasa.
Sungguh banyak 'rasa' kita yang takkan semudah ABC untuk difahami orang lain,
hanya yang menciptakan kita sahaja tempat terbaik meluahkan 'rasa' itu.
"Hati yang remuk redam itu jadi lebih lembut terendam."
Jazakallah
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Sunday, 22 March 2015

Bila jari jemari saya mula menari

#GagalAtauTakdir#
Bila jari jemari ku menari...
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Sunday, 22 March, 2015
15.00pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Inikah dia takdirnya?
Ketentuan dari Yang Maha Kuasa sejak azali terhadap apa yang berlaku dalam garis hayat kita yang bergelar manusia.
Beginikah or begitulah..
Adakah kejayaan kita dianggap sebagai takdir?
Apakah kegagalan kita juga disebut sebagai takdir?
Kalaulah sudah berusaha bermati-matian ,
tapi masih lagi tetap gagal,, memang selalu dikatakan sebagai takdir.
Tapi jika kita tak pernah untuk berusaha lalu gagal, adakah itu juga disebut sebagai takdir?
Bolehkah dikatakan kegagalan itu kerana takdir?
Pokok pangkalnya adalah usaha.
Samaada "buahnya" nanti adalah kegagalan atau kejayaan .
Orang kata,,
tak semestinya pohon yang tegak rendang sentiasa berbuahkan yang masak ranum semuanya.
Agaknya itulah takdir kan?.
Tapi bila dah namanya "gagal" itu memang perit. Sakit yang teramat.
Kadang-kadang kita jadi suka untuk gagal. Sudah terbiasa barangkali.
Hanya bersyukur dengan sekadar yang ada tanpa berusaha untuk menolak keterbiasaan itu .
Kata orang dengan berdoa kita boleh mengubah takdir.
Berdoa itu satu ketentuan daripada-NYA. Tidak berdoa seseorang itu jika hatinya terhijab daripada hidayah dan redha Ilahi.
Bukankah itu takdir? Sedangkan seorang ahli ibadah yang berpuluh tahun amalannya pun boleh mati dalam kekufuran kerana ketentuan Yang Maha Kuasa.
Itulah takdir.
Jika seseorang itu telah berusaha, kerana takdir telah tertulis dia seorang yang berusaha.
Seseorang itu leka, kerana takdir juga telah tertulis bahawa dia begitu.
Tapi Allah Maha Mengetahui.
Tidak ditentukan sesuatu itu berlaku melainkan yang terbaik untuk hamba-Nya.

Kalau gagal itu satu ketentuan, itulah yang terbaik yang harus berlaku. Setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah yang terbaik untuk kita.,
selagi kita masih berpegang di landasan yang tepat.
Gagal itu bukanlah suatu balasan, itulah namanya ujian bagi orang yang tahu cara berfikir .
Terserah bagaimana cara manusia itu ingin menerimanya, asalkan kita tidak pernah berputus harap pada Yang Maha Memberi.
Kalau kita gagal hari ini, atau esok, dan seterusnya, wajarkah kita berasa sesal terhadap diri sendiri?
Ya, memang wajar kalau itulah yang boleh membuat kita mengubah diri.
Tapi tidak kalau sesal itu cuma membuahkan ragu pada tindakan, dan memusnahkan harap pada kemampuan.
Balasan atau ujian, hakikatnya ianya satu kurniaan.
Sering saya merenung pada kehidupan sendiri dalam satu lingkungan pandangan yang tertutup.
Sering saya menilai perbezaan yang wujud antara saya dan mereka.
Apa, kenapa dan bagaimana, semuanya jelas.
Lalu jadilah saya hamba yang suka menghukum.
Waktu masih kecil saya suka berkhayal. Sekarang pun saya masih begitu. Dulu saya sering mengimpikan kehidupan yang indah-indah belaka.
Saya tak sukakan kartun "Dragon Ball" kerana jalan ceritanya yang karut, tetapi yang magical nya, saya tertarik pada kisah"Doraemon" kerana ingin jadi seperti "Nobita"  yang sentiasa mendapat apa saja yang dihajati, semuanya indah-indah belaka.
Tapi kalau dah nama pun kehidupan,
yang dikatakan berwarna-warni ialah bila kita terpalit pada perisa-perisa yang "rencam" sifatnya. Yang indah, yang pahit, yang manis,
yang sakit sangat-sangat,, semuanya pasti ada dalam seribu satu rasa.
Bila kita sedar akan erti sebenar REDHA, tiada apa yang boleh melemahkan langkah.
Jatuh, bangun, kecewa, bahagia, luka dan gembira, semuanya pasti untuk kita rasa.

Allah knows who belongs in your life & who doesn't..🌝 (●*∩_∩*●)
Jazakallah
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Tuesday, 24 February 2015

Aku sayang dia...

#AkuSayangDia#
Wrote by:Arissya Aygpinky
On Monday, 23 February, 2015
00.31 am
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

It Has Been A Day Since The Last Time We Met.
Is It Going To Be a Week,
a Month or a Year?
No One Knows Except Him, The Almighty.

Saya Sayang Dia sebenarnya,,
Jika tidak mendengar apa-apapun khabar,
Bukan tandanya saya tidak sayang,
Jika saya tidak lagi bertanya tentang dia ,
Itu juga bukan tandanya saya tidak sayang,
Saya cuma mahu dia belajar untuk menghargai ,
Jadi saya biarkan saja rasa "sakit" ini ,
Selagi saya ada, selagi itu,, biarlah dia selalu menyakiti,
Jadi biar saja saya diam,
Dan walaupun dia semakin menjauh,,
saya tetap akan kata,
Saya Sayang Dia...
Dan...
Itulah dia "Charm" saya.
Apa itu CHARM?
Charm itu sesuatu yang menjadi daya tarikan kepada sesuatu.
Charm itu adalah karisma.
Jadi inikah Charm dia?

Ada orang kata Charm itu biasanya ada pada rupa.
Ada jugak orang kata Charm itu terletak pada sikap seseorang .
Ada jugak orang kata Charm itu ada pada ke'macho'an seseorang.
Tapi di mana CHARM saya?
Dia kata,
"You dont have a charm on your look"
Dia kata dia suka bau saya..
Jadi adakah CHARM saya adalah bau?
Bagi saya terlalu mudah untuk nak tahu di mana CHARM saya .
Ianya ada pada mata siapa yang melihat.
Mungkin oranglain akan kata yang saya taklah secantik mana,
Tapi bagi dia, bau saya tetap menusuk kalbu dia.
Mungkin bagi orang lain CHARM saya adalah terletak pada ayat- ayat yang saya susun,
Yang pasti....
Tak menjadi apa jikalau "takde muka" sekalipun..
Tak kisahlah kalau takde harta menggunung tinggi..
Yang saya tahu,,
Saya hanya ada jiwa..
Punya jiwa yang bukan semua orang boleh gapai,,
Hanya dia yang berjaya menggapainya..
Dan saya berharap ianya akan terus kekal disitu..
Biarpun rasa sayang itu telah dia bawa pergi.
JIWA itu adalah CHARM saya,
Untuk dia,,
It's not you don't have the charm on your look,.
I'm saying "I don't need your 'look' for me to fall in love"
I'm just in love the way you are, your personality, your determination, your courage, your eagerness to learn something, to start something, your responsibility.
I love the way you motivate people, give support, give strength when people are down, always think positif, able to control your anger,.
I might not know exactly what's your attitude in the past, but I know you have changed a lot to be a better person.
In shaa Allah...
Kullu minallah sayang,,
Kullu minallah..
About the 'smell', the 'scent' of you.
Yes, it's a charm, because even well I close my eyes, I know, in front of me is YOU
[Eisya umaira]
"Ahabbaka llazi ahbabtaniy lah.. "
Jazakallah..
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Thursday, 19 February 2015

Sentuhan cinta,, made by Eisya umaira... πŸ˜„

                   Sentuhan saya...
Just using "crepe paper"....

" Menggubah hantaran,, sama seperti menulis diatas kertas, bila jari mula menari, bila tangan memegang sesuatu dengan seribu satu rasa dalam hati....maka inilah hasilnya"
 [eisya umaira]
   
  Sireh junjung.. 
Chocolate bouquets 
Special sparkling 
Exclusive "pou" 
Kain buah "limau" 
Cheese tart.. 
Sejambak buah-buahan... 
Bunga rampai... 
My fav Donut... 
Kuih Bahulu... 
Special chocolate bouquets... 



Kesilapanku,, Keegoanmu...

#KesilapankuKeegoanmu#
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Thursday, 12 February, 2015
20.56pm
sww.eisyaumaira2204.blogspot.com

I'm never gonna brokedown.
Entah.
Susah saya nak huraikan semua kekusutan dalam hidup saya . Satu persatu saya handle, n tanpa saya sedar satu persatu itulah,, ianya datang balik tanpa diduga. Kadangkala saya rasa sudah terlalu letih untuk  hadapi semua nie, biarlah saya pendam semuanya sampai  hujung nyawa saya.
Biarlah orang hanya memandang yang hidup saya ceria berbagaii, n cerita duka yang penuh dengan seribu satu titis airmata itu biarlah saya pendam.
Plzzzz, saya tak perlukan kasih or simpati orang
semata-mata .
Sesungguhnya,,
I know how to take care of myself.
I'm independent..
Biar sekusut manapun, biarlah seraban mana, sesusah mana pun hidup saya, akan saya hadapi sendiri dengan tenang hati.
Entahlah .
Saya sudah kehilangan
kata-kata sebenarnya .
Saat ini,,
Dalam hati saya sentiasa punya tanda soal,,
"betul ke apa yang saya buat nie?
Betul ke??
Setakat ni saya rasa belum ada yang salah lagi. Kesalahan saya yang lalu tu dah lama lepas, nak di ungkit pun tak mampu untuk mengubah ape-apa rasanye. Sudah terlalu letih untuk saya  fikirkan apa yang terjadi. Saya cuma memerlukan seseorang yang ada di sisi saya untuk "mendengar",, untuk menghargai kasihsayang saya.
Saya taknak dia berfikir" apa yang saya perlu buat",
nanti jadi macam tak ikhlas, jadi macam mengungkit.
Just tepuklah dada,, tanyalah diri sendiri.
Tapi kadangkala saya rasa macam saya nie kerja part time.
Bila dia perlu,, anytime boleh call, bila taknak saya mati pun tak perlu nak ambil pusing.
Betul,
life goes round and round and round, tapi setiap round tu kita seringkali jumpa benda yang sama.
Kadangkala saya terfikir,, Yang saya nie sememangnya tak diperlukan, atau hanya sekadar diperlukan kala perlu?
Serupa kerja part time la macam tu kan?
Sesungguhnya dah terlalu letih nak hadap smua nie.
Entah. Saya tak tahu kenapa, dalam diri saya sudah semakin terasa. Betul,, meresap tak meresap, tapi meresap jugak la dalam jiwa saya. Saya paling takut dengan rasa yang ada dalam kepala nie, dalam minda saya, yang bermain dalam hati saya .
Sumpah saya dah tak tahu nak buat camner dah,
just go with the flow.
Saya rasa tercabar bila dikaitkan dengan benda masa lalu, dan hakikatnya saya pun ada akal,ada hati dan ada perasaan untuk merasa sakit. Saya taknak bila sampai satu tahap saya punya rasa BENCI, kerana benda yang oranglain tak suka, saya pun tak suka,tapi benda itulah kehidupan yang akan saya buat.
Masa tu jangan ada erti penyesalan,
Sekarang nie saya masih lagi menimbang tara, mana yang harus saya buat, mana yang terbaik. Semuanya terletak dalam tangan dia dan saya .
Entah. Saya tak suka nak susahkan orang. Biarlah saya susah sendiri tapi saya takkan membebani dia . Tapi kadangkala orang sedikit pun tak hargai kasihsayang kita.
Kadangkala dah macam pasir tepi jalan, tak diendahkan langsung. Saya pun manusia, punya hati,
punya naluri,cuma untung nasib saja yang mungkin berlainan.  Entah la.
I'm broke and I'm down, but I'm never gonna brokedown.
Tunggu je lah...
Tapi...
betul la orang kata,,,
Life is not easy, not all the time
It's not every time and everything about being so lucky.
It's not that God doesn't love us.
And,
Everyone needs to face test.
Because we will never know how is it like to feel Beyond happy if we never know understand what is pain.
Allah is fair, because HE loves us no matter what.
Not Everyone is going to love us,,
Understand us,,
Think Good about us. Be there for us all the time.
To be honest, we can't do that too.
There's always a fight between nafs and Iman.
Do the best..and Remember Allah.
Eyes, Mouth, Ears , Nose, Hands, Legs, Mind, Heart.
Everything...
Things Just Happen.
Yes some hurt .
But that's the purpose.
As that's how we learn to appreciate people , and what we have.
Don't over think and keep counting what we don't have and what people have.
Some people do have it because, that what's best for them.
There's always the best for us.
What we have today.
As how we see, we have weakness.
So does anybody else.?
As how we see people have specialness.
So do us.
Destiny , Taqdir .
Yes Allah has written it for us.
But, it's actually what path do we choose.
How we handle things.
What decision we made.
People just can talk. people just can say.
But it's our Amanah to takecare of what Allah has given, we are just borrowing.
Our job to take care of ourselves. Fitnah,
The best as we can to prevent to people... to us.
Do the best, and let Allah settle the rest.
Obviously, shaytan is everywhere.
Nafs is always in our heart.
Anyone's heart.
So we actually can't stop people from thinking/talking negatively.
Am I right???
But always keep people's aib.
Allah will keep our 'aib, in this world and In shaa Allah.. Here and after....
But...
As long as we breath, it's never too late to turn back, to HIM.
As long as the heart beats, there's always a chance.
It's okay and "HE" knows.
We cry, we get mad,
we feel extremely insane.
Mixed Feelings.
It's okay. We ARE human.
And guess what?
TURN BACK TO HIM. Regardless time, place.
Always be nice.
Always be good. Nothing to lose.
HE shall give the best. To you, me, us.
Just hold On.
Just keep praying.
When the time comes,
MIRACLE do HAPPENS.
Love,
[Eisya umaira]

"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[Surah Al-'Imran ; 159]

And one thing , I remind myself everyday,
If everything is easy, it's not LIFE....
Jazakallah
www.eisyaumaira2204.blogspot.com
 

Monday, 9 February 2015

#JagalahSilaturrahimKita#

#JagalahSilaturrahimKita#
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Sunday, 08 February, 2015
On 6.35am
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Air Dicincang Tak Akan Putus...
Air dicincang tak akan putus....πŸ˜”

Adik beradik:-

-Jagalah hati adik beradik dahulu, barulah hati kawan2
Adik beradik dahulu,,
barulah kawan.
Darah daging sendiri dahulu,, barulah kawan.
Sebaik manapun kita dengan KAWAN-KAWAN,
kalaulah kita jatuh sakit or meninggal dunia ,
kawan yang kita terlalu menjaga hatinya itu pun,
"BELUM TENTU "
lagi menziarahi kita, memandikan jenazah kita, mengkafankan kita,
menjaga aib kita,
membacakan Yasiin untuk kita, mengusung jenazah kita,
Walaupun selama ini Kita menyangka segala kebaikkan yang kita beri pada mereka, akan dibalas dengan ingatan yang baik pada kita juga.
Ingat!!!
Belum tentu....
Dan belum tentu.
Kerana apa???
Kerana mereka tiada pertalian darah dengan kita,
Dan naluri hatinya tetap akan berbeza dengan kita malah tidak akan pernah sama.
Tapi....
Kalau kita sakit, pergi meninggalkan dunia,,
Adik beradik yang baik atau jahat itulah yang "PASTI"  akan menziarahi kita, memandikan kita,
menjaga aib kita,
Walaupun sebelum itu kita bergaduh bagai nak rak.
Kerana apa??
Kerana ikatan Adik beradik itu adalah silaturrahim or darah daging yang paling suci.
Kita punya naluri yang sama..
yang tidak akan mampu melihat darah daging sendiri susah or terguris hatinya.
Sesungguhnya..
Hati dan naluri itu milik Allah.
Jagalah hati...
Jagalah hati kita...
Dan Jagalah...

"Mana mungkin rumput yang segar menghijau,, andai akarnya kita racuni"
Seringkali saya amati peribahasa ini...
Airmata saya mengalir tanpa sedar. Kalaulah arwah mak n abah masih ada...
Walau berkelahi macammana sekalipun, saudara kita adalah darah daging kita sendiri...
Sama-sama berada dalam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari......
Pernah berkongsi baju,
pernah berkongsi seluar (berkongsi itu dan ini),
pernah berkongsi makanan dalam satu pinggan,
berkongsi air dalam satu cawan dan berkongsi pengalaman....

Serapat manapun kita dengan sahabat handai,
rapat lagi kita dengan saudara sendiri,
Sekenal manapun kita dengan sahabat baik,
yang pasti....
Adik beradik or saudara kita lebih mengenali siapa diri kita...

Semuanya tentang saudara...
Darah daging kita sendiri...
Andaikata mak or abah kita sudah tiada lagi pun,
saudara akan tetap jadi saudara,,
kerana kitalah
satu-satunya saudara yang ada selain sahabat....

*Peribahasa hanya tinggal peribahasa....*

Sesungguhnya...
Terlalu mudah untuk kita melafazkan kata dari melaksanakannya ...
Bila sudah terkena batang hidung sendiri, barulah kita dapat rasakan..
Bila kehidupan sudah punya satu perasaan dengki,
sanggup buang saudara dari diary hidup..
Bila kehidupan sudah punya sekelumit perasaan benci or sakit hati..
sanggup kita melihat saudara sendiri merana.
Bilamana kehidupan sudah punya perasaan angkuh..
sanggup kita melupakan saudara sendiri
Bilamana kehidupan sudah punya perasaan ego..
sanggup tidak bertegur sapa or bertentang mata lagi dengan darah daging sendiri.
Bilamana kehidupan sudah punya perasaan cinta akan dunia,
sanggup kita buang akhirat.
Bilamana kehidupan sudah punya perasaan iri hati..
sanggup kita memfitnah terhadap saudara sendiri...
Astagfirullah...
Jasad saya seakan-akan hendak jatuh, jiwa saya seakan mahu runtuh...
Lemahnya iman kan??
bilamana kita sendiri sudah tidak mampu untuk mencegahnya...

Semua ini tidak akan jadi sekiranya hati tidak sakit...
Aduh.. πŸ˜”
hati bagai di rentap sesuatu yang kasar...

Rasulullah S.A.W bersabda:,      
"Sesungguh hati itu boleh berkarat seperti mana berkaratnya besi."
Maka sahabat-sahabat bertanya apakah yang boleh membersihkannya,
Rasulullah S.A.W menjawab
"Membaca Al-quran dan selalu mengingati mati."

Tapi andainya dengki, benci, angkuh, ego, cinta akan dunia, iri hati dan dendam bersarang di hati, tanpa ada usaha untuk membersihkannya, rasanya hati kita sudah tiada rupa hati, ianya sudah berkarat... 
Berkarat yang mana akan rapuh dan berkecai bila ada sesuatu yang menghentam ke atas besi tersebut....
Dan akhirnya, tiada getaran saat bunyi dilantunkan ke atas besi tersebut...
samalah juga seperti hati yang sudah berkarat,
tiada getaran di hati saat mendengar Kalam Allah...
Tandanya hati telah mati....
Nauzibillah...

Hopefully semuanya akan berakhir sebelum kita bertemu dengan Maha Pencipta...
Tuan yang Punya Dunia.
 Dan biarlah... pengakhirannya adalah indah.....

*Islam itu kan bersaudara....
Jangalah diputuskan persaudaraan itu...
Jazakallah..
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Sunday, 1 February 2015

#KeringkahHatiDia#

#KeringkahHatiDia#
Wrote by: Arissya Aygpinky
On Sunday , 01 February , 2015
21.00pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

**Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada oranglain, berusahalah agar kita tidak mengirimkan walau sezarah pun kesusahan buat oranglain.
Ketika satu pintu kebahagiaan kita tertutup,
Maka satu lagi pintu kebahagiaan untuk kita dibukakan. Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang telahpun tertutup sehingga terkadang membuatkan kita tidak dapat melihat lagi pintu lain yang telah lama dibukakan untuk kita.**
 (Eisya umaira)

Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biarlah jatuh gugur dalam mahabbah...
kerana daun yang jatuh gugur takkan sekali-kali membenci angin.
Dan amankanlah hatimu dengan janji nya :-D
Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintailah sesiapa saja yang kamu cintai,
Sesungguhnya kamu pasti akan
berpisah dengannya.
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperolehi balasannya.
Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan
– Ibnu Abbas-

Ψ¨ِΨ³ْΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ِ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…َΩ†ِ

Just a quick update...
Jari jemari saya menari lagi disaat malam saya ditemani  suara mendayu
"caliph buskers" dengan lagu "Romancinta"
Teringat saya pada seseorang, seorang yang ada begitu hampir dengan saya.
Seorang.. (heartless) yang telah lama menjalinkan sillaturrahim dengan saya.
Ya, sejujurnya dia memang heartless.
Tapi kalau dia baca macam mana?
Well...
[DIA] yang dekat sini bukan merujuk kepada seorang tapi ramai...
Sebab,, saya tak pernah mention pun siapa dia..
Senget sekejap saya.

Heartless tu kalau  menurut kamus saya adalah hati kering.
Macam mana hati kering tu?
HATI KERING nie macam hati yang kalau kita kalau letak dalam oven,,
memang panas rasanya, sakitkan??
tapi hebatnya hati kering nie,, dia takkan rasa apa-apa.
Letak dalam peti ais yang sejuk beku pun,,belum tentu hati hati dia akan dapat kita bekukan,,kerana dia takkan terasa apa-apa.
Padahal dalam oven tu kan panas haba dia,,
paling tidak pun dia akan berpeluh sahaja sebab bahang sangat.
Kalaupun letak dalam peti sejuk,,
dia tetap akan tahan kesejukkan itu dengan menggigil sahaja.

Adakalanya hidup akan menjadi terlalu bosan apabila kita terlalu menjaga hati orang,, specially dengan orang heartless nie.
Secara jujurnya,,
ada saat-saatnya saya merasa bosan dengan orang heartless nie.
Bosankan...?
Bila sesuatu perkara,benda or APEPUN juga yang kita rasakan terlalu penting tapi orang heartless nie tak alert langsung tentang perkara itu.
Dan saat itu,,
kita terfikir satu perkara,, "yang kita ini bukanlah orang yang terlalu penting sangat dalam diary hidup dia."
Bercakap dengan orang heartless nie,seolah-olah macam kita bercakap dengan tembok batu sorang-sorang. Naluri saya tidak pernah menolak rasa yang dia memang seorang yang heartless.
Orang heartless nie sebenarnya dia nampak dengan mata kasar dia sendiri apa yang berlaku.
Malah dia tahu tentang "seribu satu rasa itu."
Tapi atas rasa keegoan dalam diri yang tinggi, dia tak pernah mahu memikirkan samaada hati orang yang ada dekat dengannya itu luka ataupun tidak.
Dia akan buat-buat tak nampak dan dia akan buat-buat tak tahu atas ape yang berlaku .
Baginya,biarlah hati kita yang terluka...
asalkan hatinya tetap akan dijaga.
Bengang Vs tertekan sekejap.
Yes, absolutely saya bengang dengan orang heartless nie.
Nak diri sendiri dilayan sempurna ....
tapi tak reti langsung cara untuk melayan or nak menjaga hati kawan or orang yang dia sayang.
Nakkan diri sendiri disayangi...
tapi tak reti langsung nak mencurah kasihsayang pada orang yang dia sayang macammana.
Ayat yang last tu betul-betul kena dekat orang yang paling rapat dengan saya.
Dan tak dinafikan bila saya tengok cara dia pun,, jiwa saya rasa macam tertekan sangat-sangat.
Sakitkan bila kita dengar ayat nie;-
"Do I care?"
Or...
Ada ayat yang best sikit...
"Ada aku kisah?"
"So,what?"
"Apa nak jadi , jadilah."

Tapi, kena ingatlah, kalau kita boleh buat heartless dengan orang,,
tak mustahil satu hari nanti.. diri kita sendiri tidak akan terlepas dari "rasa" itu. Oranglain pulak yang akan buat heartless dengan kita.
Masa tu, boleh ke kita katakan;-
"Do I care ?"
Masa tu baru kita nak sedar,
Baru nak terasa kan macam mana yang saya rasa.
Masa tu nak jer saya gelak kuat-kuat.
Yes laughing is better than crying alone.

**Insan yang hati kering nie dirinya boleh diubah..?? @ Perlukan masa untuk berubah..??
Bagaimana untuk kita mengambil hati insan yang berhati kering nie ..jika seseorang itu,, dalam hatinya niat untuk berkawan?
Tepuk dada...tanyalah hati...**

[Heartless is not a forever feeling]

Saya sebenarnya memang tak nak tengok dia  bersedih tapi kalau dah namanya hati kering memang susah kita nak lembutkan. Kalaulah hati dia macam baju, yang boleh dilembutkan dengan Softlan, dah lama saya lembutkan.
Tapi hati dia bukan macam baju,, kerana Hati dia tetap hati yang kering,, yang keras macam batu.

"Those who are heartless are the person who cared too much."
And... Kadang-kadang,,
bila kita dah selalu sangat menjaga hati orang sampai hati kita pula yang selalu tak diendahkan.,,
rasa memang fed up sangat-sangat kan?
Yelah hati siapa yang tidak sakit bila kita menjaga hati orang lain tapi mereka tak pernah nak menghargai apa yang telah kita lakukan.
Sometimes in a certain things, we should become a selfish person.
Am I right??
This is because once you let others to enter in your life and they are starting to hurt you, that's the time to you to protect your heart from being hurt.
Sounds like heartless right?
But, kalau bukan diri kita sendiri yang menjaga hati kita, siapa lagi yang nak menjaganya kan?

Being heartless can give some positive and negatives thoughts. It is depends on us actually to handle it.
Dia sebenarnya takdelah heartless sangat but in this time, dia memang seorang heartless yang tidak pernah memikirkan hati orang lain.
Really hurt me.

Tak kisahlah sillaturrahim kita tu datang sendiri ke apa,or dari mana datangnya.. it's depends on our destiny. Kalau esok-esok dah ditetapkan oleh Allah yang sillaturrahim kita ini akan berpanjangan,
well we will continued this silaturrahim untill jannah.
In shaa Allah..
Only Allah knows who you are.

Saya takkan berhenti untuk berusaha dan berdoa kerana...
Sekeras-keras hati seseorang manusia itu,, kalau Allah dah pertemukan dia dengan seseorang yang boleh melembutkan hatinya dan Dia telah membuka pintu hati manusia tersebut, pasti hati manusia tersebut akan menjadi hati yang selembut-lembutnya hati untuk belajar menerima.
Itulah kuasa Allah.
Lastly,
just think about it.
Being heartless is not a crime.
It is just to protect our heart from being hurt again and again.
Ada hikmah di sebalik semua kejadian.
Nobody is in charge of your happiness except Allah.

HeartLess....
Masa silam kita dijadikan pengalaman. Masa kini kita beramal berlandaskan hukum Tuhan.
Masa depan kita diletakkan matlamat yang agama sarankan :)

Manusia itu sesungguhnya diberi dengan seribu satu pilihan...
pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri.
Kadang kadang, heartless itu penting jugakk kan demi hati kita sendiri.😊

Jazakallah
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Saturday, 24 January 2015

Hidup ini ibarat berdiri di "Cermin MUKA"

#HidupIbaratBerdiriDicerminMuka#
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Thursday, 21 January, 2015
20.12pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

"If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one."

Hidup ini sebenarnya ibarat berdiri di depan cermin muka,,
apa sahaja yang buat kita terasa, begitu juga dengan orang yang lain, akan turut merasa tempiasnya.
Saya K E L I RU sebenarnya.
Ada masa dan ketika, saya tak gemar untuk mengundang cerita lama.
Hey, cukup la sekali saya merasa sakit peritnya. Hati saya bukannya ibarat besi tempa, bukan juga kulit buaya, saya masih mampu mendengar dengan jelas setiap nada dari segenap segi,
In shaa Allah.
Tapi lumrah manusia kan??
Adakalanya manusia ni saja nak bergurau senda, nak bermadah tinta, saya anggap semua itu hanya sekadar untuk mengundang ceria dalam diari hidup,saya anggap semua itu tidak ada satu pun yang perlu menyakitkan jiwa saya,
tapi hakikat sebenarnya?
Sebagai manusia yang begitu lembut jiwanya itu sememangnya punya hati, punya rasa, punya jiwa,
ada marah, ada kecewa,
ada gembira, ada ceria,
ada bahagia, ada duka,
ada sengsara,
ada itu dan ada ini.
Semua serba-serbi ada.
Ibarat kata pepatah melayu,,
*Hidup ibarat berdiri di cermin muka, apa yang membuat kita terasa, begitu juga dengan orang yang lainnya, tak perlu diulang semula.*
Sebenarnya saya sedar apa yang telah ada didepan mata.
Saya sedar apa yang telah ada di genggaman sendiri. Sungguh benar yang cabaran untuk kita bukanlah dari sekecil-kecil anak, bukan juga sepantas kilat, tapi ada banyak perkara yang harus kita fikirkan .
Yang seharusnya kita tempuh.
Satu persatu terpaksa saya hadap,segala pahitnya terpaksa saya telan, semuanya saya tahan selagi saya masih mampu untuk bertahan. Mungkin selagi nyawa saya masih ada...dan selagi itulah akan tetap saya pertahankan.
Rasanya tak siapa yang mampu tahan apa yang saya rasa, tapi saya redha.
Saya tahu 'Dia' berikan saya rasa 'yang ini' kerana 'Dia' yakin yang saya mampu hadapi semuanya . Sebenarnya saya bencikan kesakitan yang saya rasa saat ini.
Saya juga tahu sekelip mata kesakitan itu boleh saya lenyapkan,
Saya juga tahu sepatah dari kata-kata yang keluar dari saya boleh membuatkan dia "tiada lagi" ,
tapi apa perlunya?
Sebenarnya.
Bukan semua bebanan ini yang saya kisahkan. Adat manusia,, semua pasti akan merasa ada tekanan, semua pasti merasa sakitnya terseksa.
Cuma ada masa-masanya saya teringin untuk merasa penghargaan dan dihargai,,bukannya dibalas dengan kesakitan dan perbandingan biarpun hanya sekadar gurauan. Ada masanya neraca kesabaran saya ini ada batasnya, cuma saya tak tahu di mana penghujungnya.
Sering saya bertanya pada hati, betul ke apa yang saya buat sekarang?

Betul ke saya tengah bahagia? Atau saya sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu cinta?

Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket.πŸ˜”
Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata kerana takut untuk melepaskan, selagi itulah kebahagiaan yang sebenar tak akan kunjung tiba.

Hebatkan cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun-tahun pun belum tentu menjadi pasangan hidup kita. Tapi ada yang kenal sehari, esok dah jadi suami isteri – Hafiz Hamidun.
Jazakallah...
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Wednesday, 7 January 2015

Bersangka baik demi CINTA..

#BersangkaBaikDemiCinta#
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Tuesday, 06 Jan, 2015
20.56pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

"I have said nothing because there is nothing I can say that would describe how I feel as perfectly as you deserve it."

Jalanilah kehidupan dengan sedikit dari gurauan dan hiburan.
"Umpama garam di dalam masakan,,tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukuplah ianya sekadar untuk memberi secukup rasa yang enak."
Selagi kita tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain…itu tandanya kita sendiri tidak pernah memiliki rasa bahagia. Tersenyum disaat melihat “musuh-musuh”kita sedang berbahagia.
Walaupun pernah bahagia sekali, kita akan disakiti berkali-kali jika terus mengenangkannya.
Paling sakit , jika kita mengenangkan yang mereka sedang membina istana bahagia di atas tapak kedukaan kita kan!
Segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.
Jika datang orang “menghadiahkan” air mata pada kita…, itu tandanya Allah sedang mendidik kita tentang sifat sabar.
Manusia yang menyakiti itu hanyalah sebagai “penyebab” sahaja,, jika kita pandai melihat dengan mata hati.
Jika kita di sakiti oleh dia, maka DIA sedang mengajar kita erti redha. Sesungguhnya..
Kita bukanlah malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh sedikit dari rasa terluka dek kerana tercalar dari cakaran manusia.
Ada saat-saatnya kesabaran yang kita miliki,,
walau sekukuh manapun,,
untuk kita pertahankannya sudah tidak ada,,
sudah sedikit tawar...
Airmata saya tertumpah jua. Segala rasa yang ada dalam setiap jiwa saya sekarang,, Saya redha..
"kerana redha kita juga.. akan membuat oranglain rasa bahagia"
Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat yang kita bukannya "Tuan Punya Dunia" yang mencatur rezeki dan segala nikmat untuk setiap dari hamba-hamba-Nya.
Jangan pernah di tanya..
"Mengapa dia yang dilebihkan, mengapa pula aku yang  dikurangkan?"
"Mengapa dia yang licik dimenangkan sedangkan aku yang bersederhana dari segenap segi yang selalu dikalahkan?"
Keimanan kepada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar untuk kita menghadapi setiap dari kerenah orang-orang yang kita sayang .
Bila kita terasa diri ditipu,
dipersendakan,
diperkotak-katikkan serta tidak dihargai.
Sedarilah,
yang tercabar itu bukanlah harga diri kita,
tetapi kegoan kita!
Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan pernah luput dan dapat dicabut oleh sesiapapun.
Biarlah kita tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika benar-benar kita tidak berharga di mata diri kita sendiri.
Ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.
Hati yang ego bertuhankan material dan fizikal.

Bersangka baiklah walaupun terkadang keadaannya tidaklah sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka itu pastinya akan merasa tersiksa dua kali, pertama oleh Sangkaannya di atas segala keburukan yang belum terjadi,dan segala kesakitan dan kepedihan selepas apa yang berlaku.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada,
In shaa Allah, Tuhan akan menambahkan segala kebahagiaan kita.
Kalaulah orang yang kita sayang sangat-sangat itu tidak pernah berusaha untuk berubah, maka biarlah kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi segala kerenahnya.
Itu juga satu anugerah bukan?
Ya, memang ada benarnya kata bijak pandai,
“jangan terlalu meminta kehidupan yang mudah,, tetapi mintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
Mungkin kita tidak mampu untuk mengubah keadaan yang getir itu, tetapi sekurang-kurangnya kita masih punya seribu satu kekuatan untuk menghadapinya.
Pada hal yang buruk dan sukar itu terkadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidaklah buruk sama sekali.
Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya kan.?
Ada seribu satu kebaikan yang tersembunyi di belakangnya.
INILAH namanya hidup…
yang tak pernah terduga dek akal kita.
Dapatkah kita membayangkan takdir kita yang ada ini sebelum kita melaluinya? Kebanyakkannya tidak kan!
"Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain."
Itulah misterinya takdir…
Semoga saya menjadi manusia yang teduh hatinya,, walau seterik manapun panasnya panahan matahari.
Jazakallah
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Friday, 2 January 2015

#Saya hamba,, anda pun hamba,,Hamba Sang Pencipta#

#SayaHambaAndaPunHamba#
Hamba Sang Pencipta.. 
Wrote by: Arissya Aygpinky
On 01 January, 2014
23.31pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

*Jika Allah menciptakan pelangi untuk mengindahkan langit.. maka Allah juga menciptakan kita sebagai HAMBANYA yang dari sebaik-baik kejadian untuk mengindahkan hidup kita. *

Betapa indahnya ciptaannya untuk kita sebagai manusia kan?? 
Diciptakannya kita sebagai hamba yang mempunyai lima jari. 
Dan setiap dari satunya ada terselit makna yang tersembunyi.

Ibu jari, 

seringkali menjadi salah satu isyarat atau petanda yang bagus. Sama ada ianya bermakna dalam keadaan terkawal, ataupun memuji tingkah laku seseorang,, atau....
hanya berpura-pura bahawa kita "okey" walaupun sebenarnya saat itu kita sebaliknya. 
Selalunya ibu jari akan datang dalam satu pakej bersama seribu satu senyuman, sebagai tanda "ceria dusta" ketika kita bersedih or  berduka. 
Dan, ibu jari jugalah yang menjadi ganti diri untuk 'setuju'. 
Tidak perlu bermadah bagai,hanya dengan ibu jari sahaja..  juga tetap nampak indah.

Jari telunjuk, 

Salah satu jari yang sudah tentu digunakan untuk menunjuk arah. Bukan itu saja, lazimnya jari telunjuk juga akan menjadi jari yang sering dipersalahkan atau mempersalahkan. Kita suka menuduh orang lain dengan menggunakan jari telunjuk,, ketika empat jari lain menunjukkan diri kita sendiri. 
Jari telunjuk juga menjadi isyarat senyap untuk memberi amaran sambil tersenyum sinis jika digoyangkan ke depan dan ke belakang.

Jari tengah @ jari hantu. 

Tak perlulah diterangkan lagi apa fungsinya jari nie. 
Tak manis dipandang jika jari inilah yang digunakan. Sungguh dan sesungguhnya sangat tidak sopan. 

Jari keempat ,

Orang kata jari keempat nie "jari manis"
Jari yang mungkin tak begitu penting bagi lelaki, tapi terlalu penting bagi seorang perempuan. Biasanya cincin tanda akan dipakai di jari tu. Kalau nak tau seseorang wanita tu dah berpunya or belum, sila tengok cincin di jari manisnya. Walaupun kadang-kadang dia buang cincin tu bila berselisih faham, apabila keadaan pulih, dia akan ambil semula dan pakai cincin tu semula di jari yang sama. 

Anak jari.,

Sesungguhnya.. 
Jari inilah yang sering kita gunakan untuk berjanji. Berjanji ...
ya, bukan hanya setakat berjanji. 
Kerana janji yang perlu kita tepati. 
"Kalaulah lembu dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada setiap dari kata janjinya."kan syg???? 
Kalau kita dah berjanji menggunakan jari nie, janganlah dimungkiri. 
Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga: 
Apabila berkata dia dusta, 
Apabila diberi amanah dia khianat, 
Apabila berjanji dia mungkir.

Jazakallah.. 

www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Thursday, 25 December 2014

Kalaulah dia tahu...

#Keliru#
Wrote by: Arissya Aygpinky 
On Wed, 24 December, 2014
19.09pm
www. eisyaumaira2204.blogspot.com

* To be true or keep lying?? *
The truth is, I still can sense some lies in every truth he tells me and I don't know why. 
Mungkin perasaan saya sedang menguji akal saya sendiri. 
Tak siapa tahu kan.
Ternyata..... 
Hidup ini adalah FITRAH.....
Kalau kita meletakkan rasa " PERCAYA "..
janganlah terlalu percaya sangat..,,
Kalaulah kita " CINTA "kan seseorang..
janganlah terlalu cinta sangat..,,
Dan kalau kita meletakkan rasa " SAYANG "..
janganlah terlalu sayang sangat-sangat..,,
Sebab...
perkataan " SANGAT " 
Itulah suatu hari nanti yang akan membuatkan kita terasa SAKIT 
SANGAT-SANGAT....
Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…

[Cinta tak semestinya memiliki]

"Andainya hati ini boleh bersuara..."
Yup. Cinta itu tak semestinya memiliki. Kadangkala kita perlu lepaskan seseorang yang kita cintai itu untuk dia mencari kebahagiaannya sendiri biarpun kebahagiaannya itu tidak lagi bersama kita. Lepaskanlah dia agar dia berhak membuat keputusannya sendiri. Lepaskanlah....
Biarlah kita yang merasa sakitnya..,
Biarlah kita yang luka..
Luka yang meninggalkan parut,, 
yang menjadikan kita terasa serik untuk ambil tahu tentang cinta lagi.
(Its time for you to get up from ur falling.. )
Jangan biarkan diri kita terus jatuh selamanya.
Tidak salah andai kita terjatuh dan menangis, 
tapi adalah salah andainya kita jatuh ,,
dan membiarkan diri kita terus terduduk dengan harapan dia akan hadir untuk menghulurkan tangan. 
Tak perlu, 
entah dia tahu kita jatuh entahkan tidak. Andai dia tahu sekalipun, 
entah ada rasa simpati dari dia entahkan tidak. 
Cintailah Ilahi. 
Kerana DIA tidak akan pernah menolak rasa cinta kita pada DIA. 
Berjalan kita merapatiNya, 
Semakin berlari DIA merapati kita. 
Kita akan temui kebahagiaannya.
Dan yakinlah , kita akan tahu nanti..
(why ur relationship was over then.)
Jawapan ada dalam hati kita...
Tepuklah dada...tanyalah HATI..
Kerana cinta tulus kita itu untuk orang yang tidak pernah pun menghargainya. 
Sesungguhnya...
ALLAH telah merencanakan sesuatu yang terbaik. 
Ada hikmah bila ALLAH menjauhkan seseorang itu daripada kita.
Biarlah kita tengok orang yang kita cinta itu bahagia. Itu sudah memadai,,
dan tak perlu berusaha merebut cinta dia kembali..
kerana,,
CINTA memang tak semestinya memiliki.. 
Kalaulah takdir itu sudah tertulis,
dia bukan jodoh kita, 
tetap kita takkan dapat hidup bersama. Kita doakan kejayaan mereka dan menumpang bahagia dengan kebahagiaannya.. ;)
Mana mungkin datangnya pucuk yang 
segar menghijau,,,
andai akarnya kitar racuni.
Sungguh secara jujurnya,, 
bila pertama kali saya mengenali dia,, 
tidak pernah saya terfikir yang dia akan menjadi begitu penting bagi saya. 
Jazakallah..
www. eisyaumaira2204.blogspot.com

Tuesday, 16 December 2014

Kerana DIA aku menangis....

#KeranaDiaAkuMenangis#
Wrote by : Arissya Aygpinky 
On Tuesday, 15 December, 2014 
18.49pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com 

''Apakah perkara yang paling jauh daripada manusia?''
Masa lalu... 
"Dan yang paling dekat dengannya?"
Mati.... 
-Imam Al-Ghazali-

Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah.
Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. 
Dan amankanlah hatimu dengan janji nya :-D 
Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, 
Sesungguhnya kamu pasti akan
berpisah dengannya. 
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, 
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.
Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan 
– Ibnu Abbas-

Ψ¨ِΨ³ْΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ِ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…َΩ†ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ِيْΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…
**Love is just like anything else, it requires routine and preventative maintenance. Some people don't take good care of love..., 
then they are surprised when love no longer takes care of them. 
If you don't put in what you want out..., 
it depreciates..**
( Eisya umaira )

Orang yang paling kita sayang
selalunya suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. 
Selalunya orang yang kita sayang sangat-sangat, suka membuatkan kita terkeliru. 
Selalunya orang yang kita sayang separuh nyawa , dialah orangnya yang akan membuatkan hati kita terguris luka.
Selalunya orang yang kita sayang, membuatkan kita merasa sedikit terkilan. 
Selalunya orang yang kita sayang, yang seringkali membuatkan tahap kesabaran kita semakin menipis.
Dan selalunya orang yang paling kita sayang itulah juga , dengan sesuka hatinya hadir tatkala dia memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan sebarang pesan…
Dan dialah juga diantara orang yang paling saya sayang sangat-sangat. 
Setiap dari cerita duka dan gembira dia adalah milik saya juga. Seperti yang diduga pastinya berkaitan hati dan perasaan.
Dan sebagai seorang yang hanya mampu untuk MENDENGAR,, 
saya hanya dapat memberi sokongan dan nasihat yang berupa pandangan yang pastinya dapat mengingati lantaran mendidik hati ini juga. 
Sememangnya sebelum ini kami selalu bergaduh disebabkan dari sebesar - besar perkara hinggalah dari sekecil-kecil sengketa.., rasa cemburu itu ibarat makanan harian, 
kami sering bercanggah pendapat. 
Dan.. boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja perkara yang tidak kena dimata saya. 
Kami bertelagah hampir setiap hari,, hingga ada waktu-waktunya  saya hampir untuk memutuskan silaturrahim ini ,,
tapi berkat dari sejalur rasa cinta yang masih menebal dalam jiwa,, 
saya telan semua pahitnya, saya butakan pandangan saya untuk tidak melihat krburukan dia,  kemudiannya kami akan berbaik semula,,
Tapi kebelakangan ini,, seperti ada keajaiban yang berlaku,, 
Rindu saya pada dia semakin meresap dalam jiwa,, 
saya memandang dia dengan seribu satu rasa cinta yang bukanlah datangnya secara paksa. 
Entah dari mana rasa itu datang,, 
hanya Tuan Yang Punya Dunia saja yang tahu. 
Terasa dia begitu dekat dengan saya walaupun sebenarnya tangannya pun tak mampu untuk saya genggam. 
Mungkin ikatan antara saya dan dia terlalu kuat kan? 
Walau macammana teruk sekalipun kami bergaduh,, kami  tetap akan berbaik semula. 
Mungkin kami mempunyai pandangan yang seringkali berbeza yang membuatkan saya tidak MEMAHAMI dia. 
Tapi satu perkara yang membuatkan hati saya sentiasa tersentuh hati,, 
hanyalah dari sifat jujur dan senyumnya. 
Marahnya akan berakhir disitu sahaja n everything will be back to normal again. Dye x pernah simpan kemarahannya dalam hati,, itu yg terlalu mahal bagi saya. Kerana itulah pengalaman lalu telah mematangkan hati dan pemikiran saya.
Mungkin juga tanda peringatan dari Allah yang dia bukan jodoh saya kan? Dia adalah insan yang di takdirkan untuk ada hanya dalam hati saya sahaja. 
Yang untuk saya sayang hanya dalam jiwa..
Kerana itulah Allah seringkali menjauhkan saya dan dia. 
Begitu hebatnya permainan takdir kan?? 
Terkadang kita terlalu taksub dengan cinta manusia sehingga kita dibutakan mata dan hati olehnya. Hinggakan walau bergaduh saban hari pun kita masih merasakan dia adalah pilihan yang terbaik untuk kita . 
Lupakah seketika kita dimana letaknya ketenangan sebuah hubungan jika setiap hari hidup kita seringkali berlinangan dengan airmata.? 
"Bukankah sudah jelas ianya sebagai tanda peringatan dari Allah akan sesuatu hubungan yang tidak pernah diberkatinya ini."πŸ˜”
Jodoh dari ALLAH itu tidak mungkin akan terasa serumit ini.
Tidak mungkin akan memberikan seribu satu kelukaan dan tangisan yang seringkali berpanjangan.😟
Tetapi inilah dia  takdirnya,, 
ianya lebih kepada ketenangan hati apabila saya melihat dia. 
 Dan dia adalah orangnya yang dapat membuat saya tersenyum dan ketawa😌
walaupun adakalanya tangisan saya tak berkesudahan,, terbuang sia-sia dek kerana sikap acuh X acuh dia.πŸ˜”
Saya percaya dengan janjiNya.. 
Percaya dengan janji Allah .. 
Jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah , 
In shaa Allah.. 
Allah juga akan menjaga hubungan kita kan?? .
Jodoh itu bukanlah ditangan kita.
Maka saya akan tetap berdoa ,
untuk kebahagiaan dia,,kerana bahagia dia adalah bahagia saya juga. 
Berdoalah.. sayang.. 
Pernah dye berkata ,
"Abis awak nak suruh saya  tinggalkan dia ke??."
"Awak senanglah,, boleh bercakap ape sahaja,, sebab awak bukan lagi berada dijalan ini."
Kalaulah saya berada ditempat awak , n andai saya diberi peluang jadi macam awak,, saya akan tetap memilih jalan yang awak pilih sekarang . Saya akan dekatkan diri dengan DIA.. sebab itu saje pilihan yang saya ada,,kerana hanya DIA saje yang akan memahami kita ."
Untuk dia...orang yang saya sayang sangat - sangat ,, 
Kerana saya tidak mahu awak menjadi seperti sayalah, maka saya akan terus menasihati,, menjaga dan menyayangi awak. Selagi saya boleh bertahan dengan ikatan ini,,akan saya pertahankan .
Kerana sesungguhnya awak takkan pernah mengerti pun betapa peritnya jalan yang pernah saya lalui.
Jika pilihan itu telah ada ditangan awak,, mengapa awak perlu memilih jalan yang sukar untuk melaluinya??
Jika awak sudah ada contoh yang sudah terlihat di depan mata,, mengapa awak tidak mahu memanfaatkannya.?? 
Dan dari saya... 
Seandainya dahulu saya mempunyai insan yang dapat menyedarkan saya.. 
Seandainya dahulu saya nempunyai contoh yang telah terlihat sebelumnya didepan mata.. 
Tidak mungkin begini akhirnya takdir 
saya... πŸ˜”
Terkadang pernah saya terfikir alangkah bahagianya jika saya dan dia berada dibumbung yang sama. 
Alangkah bertuahnya saya jika saya dan dia mampu untuk tersenyum dan ketawa bersama. 
Saya hanya mahu hidup yang diberkatiNya.
Cuma takdir yang tidak pernah menyebelahi kita,, 
mana mungkin untuk kita menggapai bintang di langit,,sedangkan kaki kita masih menjejak di bumi. 
Segalanya tak tergapai dek tangan. 
Saya tak pernah MENYESAL memilih jalan ini..sekurang - kurangnya saya menang dalam sayang dan cinta separuh nyawa walaupun hanya dalam hati. Walaupun ketenangan yang saya perolehi hanyalah sesaat cuma ..tetap saya redha. 
Dan apabila memikirkan jalan yang saya tempuhi ini ,, hati saya menangis hiba.. 
Membuat saya merasa dunia ini seakan tidak adil untuk dye dan saya . 
Terkadang saya lupa siapa saya sebenarnya,, tatkala saya dan dia bertentang mata. 
Sungguh saya lupa siapa kami... 
Tatkala dia ketawa.. maka saya akan bergembira. 
Tatkala dia bersedih.. maka saya lah orangnya yang turut bersedih. 
Saat rindu itu menyapa,, 
entah mengapa hati ini terasa sunyi. 
Hakikatnya saya bersedih sebenarnya di atas ape yang terjadi.. 
Sedikit pun ianya tidak memberi kegembiraan pada saya
Malah membuat saya makin lemah sebenarnya ,, 
Dia dan saya ternyata takkan ada dalam jiwa yang sama. 
Mungkin ini takdir yang sudah ALLAH tuliskan untuk saya. 
Cuma saya tak tahu mengapa
saya harus melalui jalan ini. 
Ketenangan dan kekuatan yang saya dapat hanyalah doa dan kasihsayang saya pada dia. 
Yang mengingatkan saya betapa hebatnya rencana Allah ,,
yang membuatkan saya menangis dan mengadu padaNya
Tujuan hidup saya bukan lagi untuk enjoy semata-mata. 
Saya tahu dia terlalu baik.. 
Saya hanya mahu dia move on,, 
Saya hanya mahu dia memperolehi kebahagiaan dia sendiri di dunia dan juga diakhirat. 
Saya hanya mahu dia bebas ibarat burung terbang..tanpa ada duri apapun yang menyakiti hati dan jiwanya. 
Cuma mungkin cara kita tidak lagi serupa atau sama. 
Hati saya gagal untuk menidakkan segala-galanya,, 
Tidak pernah terfikir dan terdetik sedikitpun betapa besarnya kemungkinan yang dia akan mencintai saya sepenuh hati,, kerana sebelum ini dia menyintai insan lain yang terlebih dahulu mencintainya. 
Saya hilang dalam terang,, 
Saya sudah kehilangan kata-kata sebenarnya,, 
Semua orang tak pernah lari dari perasaan dan lumrah untuk mencintai dan dicintai . Mungkin kerana saya dah tersangat-sangat biasa dengan sesuatu yang namanya cinta , dengan orang-orang disekeliling saya. 
Dan saat ini saya terfikir;-
"kenapa cinta saya tak nampak seindah dan sebahagia kawan2 saya?" 
they go for movies together, 
they go for dinner together, 
they go to wedding together. 
sweet giler kan ?? !!! 
But then, bila saya terbaca satu quote nie:-
Hati saya terhenti terdetik sebentar,,terkaku diam...saya😐😐

" If you truly love him/her for the sake of Allah, you want to meet him/her in Jannah & you fear Allah, you will refrain yourself from contacting him/her"
[Shaykh Daood Butt]

Tertampar rasanya kat muka sendiri. 
Berkali-kali saya baca ayat tu;-
"Kalau benar itu cinta, maka mesti bawa ke syurga, apa apa yang membawa ke neraka,. bukanlah itu cinta namanya" .. 
Seringkali kita lupa pada perkara ini. 
Sememangnya ketentuan dari Allah itu sudah terlalu cukup sempurna bagi saya . 
Kita sebagai hambaNya, sememangnya kena sentiasa berdoa dan mengadu padaNya sahaja. 
Sentiasa bersangka baik. 
Kalau marah dan benci sekalipun, titipkan saja pada perbuatannya tetapi bukanlah pada orangnya...
kerana,,
Yang baik itu datangnya dari Allah, 
Dan yang buruk itu sememangnya datang dari diri kita sendiri. 

Surah al-Baqarah ayat 216 : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 

Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya hanya Allah Maha yang maha Mengetahui. 
Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah kafarah diatas kesilapan kita yang lalu. 
Yakinilah,, 
jika sesuatu doa atau hajat kita itu tidak ditunaikan-Nya,, mungkin nanti ada sesuatu yang lebih baik yang akan diberi oleh Allah S.W.T. sebagai ganti apa yang kita hajatkan. 
Jika tidak dikurniakan di dunia, 
di hari akhirat nanti Dia akan memberikannya kepada kita, 
oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya....

Jazakallah....
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Thursday, 11 December 2014

My handmade... by Arissya Aygpinky

Bouquets Vs Ferrero roche.. 

Sentuhan saya ker nie?? 
Ske sgt bile,, Tuan Punya badan 
Kate cantek banget nie,, 

Selesai akhirnya... 

Made by Blogger www.eisyaumaira2204.blogspot.com 

Monday, 8 December 2014

Jika benar itu adalah cinta,, bebaskanlah cinta itu

#JikaBenarCintaBebaskanlahCintaItu#
Wrote by :Arissya Aygpinky 
On Tuesday, 9 December, 2014 
01.10am
www.eisyaumaira2204.blogspot.com 

H A M B A R.. πŸ˜”
I can't seem to get the momentum to keep my fingers running on this keyboard. 
I'm suddenly out of ideas.  Memang saya kena hadapi juga sesuatu yang belum pernah saya lalui sebelum nie. Tapi biasanya saya tetap akan tenang... but now I'm really messed up here.
Kebelakangan nie saya asyik berlari ke sana ke mari. 
Saya cuba nak hilangkan rasa resah yang ada dalam hati sendiri. Nak cerita kat orang takut nanti banyak pulak pendapat yang 
bukan-bukan, so I better keep it inside. 
Dalam diam saya cuba untuk tenteramkan diri sendiri dengan apa yang sudah terjadi dan apa yang bakal terjadi. 
Sakit dan perit untuk saya menanggungnya,, 
itu sudah tentu, tapi kalau difikirkan pun langsung tidak memberi ape-ape manfaat,, sebab yang difikirkan hanyalah kesakitan , bukannya jalan penyelesaian. 
Tak hairanlah kalau - kalau satu hari nanti saya jadi down or giler sebab stress, because that's what I'm currently going through!
Kebelakangan nie saya merasa hambar dengan keadaan sekeliling. 
Menyendiri,
Semakin hari semakin malas rasanya. Suasana yang sepatutnya rasa gembira masih tidak dirasai pada saya .
This might be silly to some people but it suddenly, eventually increase my stress level little by little. 
Bila tengok kat luar, saya akan nampak segala macam ciptaan Tuan Punya Dunia. 
Semua tu sedikit sebanyak membuatkan saya merasa macam stranded in a place where there's no one else except me. 
I can live on my own, that's not really a problem pun, tapi bila saya terduduk 
sorang-sorang, otak saya mula berfikir macam-macam. 
Apa nak jadi esok? 
Apa akan jadi esok? 
Can I survive? 
Can I be saved? 
Kenapa saya merasa macam semua orang tinggalkan saya kat sini? 
Kenapa saya mesti jadi macam ni? 
Seriously ,rasa nak menjerit pun ada.
I do wish that I can turn back time. 
Re-do all those things that I've done wrong. Buat balik semua benda and put it back together in a better order.
 Ya, betul, saya rasa menyesal. 
Suatu kenyataan yang jarang sekali keluar dari diri saya.. penyesalan. Tapi disebabkan saya tak boleh putarkan masa untuk mengulang kembali semua yang dah terkubur, rasanya jalan yang terbaik ialah fokus kepada perkara yang belum terjadi. 
Well, that's what we do in our life, planned for the future, ready for the outcome. 
Hopefully I manage to go through all this things and make a major change in my own life.
"Kalau bukan semalam, mungkin hari ini. 
Jika bukan hari ini, esok kan masih ada."
[eisya umaira] 

**Benarkah kita CINTA **
Ramai orang dikalangan kita yang mengaku menyintai seseorang ,,, tetapi hakikatnya yang sebenar dia bukanlah menyintai diri orang yang dicintai… tetapi dia hanyalah menyintai dirinya sendiri!
Cinta dengan memiliki itu adalah suatu yang berbeza. 
Ramai yang tersilap tentang hakikat itu. 
Ramai dari kita 'terkorban’ cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan ‘memiliki’.
Bila kita mencintai seseorang, kita mula berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan pada diri sendiri tidak lagi kita hiraukan, bahagia kekasih itulah yang kita utamakan. Inilah cinta yang sejati. Jika kepentingan diri sendiri lebih diutamakan, tetapi perasaan, jiwa dan rasa orang yang kita sayang sangat-sangat itu dibiarkan, 
maka itu bukanlah cinta . 
Itu hanyalah memperalatkan cinta namanya!
Mencintai itu adalah untuk membebaskan,
Memiliki itu cenderung kepada mengikat, membelenggu dan mengawal. Berapa ramai isteri yang ‘mengawal’ suaminya atas nama cinta. Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian. 
“Bila nak balik?” 
“Kenapa lambat?” 
“kalau abang tak balik lagi, saya akan…” 
Bolehkah itu dikatakan ‘ayat-ayat’ cinta? 
Inilah cinta yang diselaputi kepentingan diri. Luarnya cinta tetapi isinya penuh dengan keegoaan diri. 
Seperti seorang pemilik burung tekukur,, diberi makan, diberi minum, dibersih dan dimandikan, dilatihnya untuk berlagu tetapi tetap dikurung dalam sangkar. 
“Inilah burung kesayanganku, suaranya sungguh merdu,” 
pujinya tidak henti-henti. 
Sekalipun "tekukur" itu dikurung dalam sangkar emas.,, tapi sangkarnya tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas. 
Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi hanya indah buat tuannya yang mengurung.
Ah, cinta sememangnya terkadang begitu kan? . 
Kita ingin memberi kebaikan yang hanya diingini oleh kita bukannya yang diingini oleh orang yang kita sayang. 
Apalah gunanya sangkar emas, segala kemewahan, kemampuan berlagu, 
pada "tekukur" yang sering dibelenggu? πŸ˜”
Kalaulah "tekukur" itu boleh bersuara, 
dia akan berkata, 
“ Jika benar kau sayangkan aku maka 
kau bebaskanlah aku.” 
Walaupun "tekukur" tidak mungkin bersuara, tetapi tuannya pasti tahu, bahawa keinginan atau naluri setiap burung adalah kebebasan. Tidak sukar untuk memahami dan merasai jika kita benar-benar mencintai. 
Bukankah kekasih sejati itu selalunya memahami dahulu sebelum kita difahami?
Betapa ramai isteri yang berada di villa 
atau istana, 
yang dilimpahi intan dan permata, 
yang diberi segala-galanya… 
tetapi dinafikan dan dimatikan suara hatinya. 
Betapa ramai pula suami-suami diluar sana yang telah dijaga makan-minumnya, 
disiapkan semua pakaian dan segala keperluan lahirnya, 
tetapi seringkali disakiti hatinya 
dengan segala kata perintah, rajuk dan amukan oleh isterinya. 
Pelik kan, ketika suami belum pulang, 
segala-galanya dirisaukan. 
Sudah makankah dia? 
Kenapa lambat? 
Agaknya bagaimanakah dia? 
Sakitnya? 
Letihnya? 
Semuanya seakan menghantui perasaan seorang isteri. 
Tapi bila suami yang dibimbangi itu pulang… belum pun sempat melangkah pintu, 
sudah dihambur dengan wajah yang masam mencuka, 
sudah dileteri dengan kata-kata yang terlalu berbisa.
Jangan, jangan begitu,,, 
dahaga rindu bukan letaknya pada emas dan perak sebagai galang gantinya.
Belajarlah kita untuk membebaskan, bukannya mengikat..
Apabila ikatan kasihsayang itu sudah terlalu lama , tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan. 
Yang mampu bertahan ialah rasa cinta yang sebenar. 
Cinta yang melepaskan bukan mengikat. 
Ketika warna sebenar (‘true colours’) pasangan kita semakin terserlah hari demi hari, 
mampukah kita bertahan lagi? 
Bolehkah kita bersabar diatas segala kelemahan dan kekurangan dia yang ketika itu sudahpun terlalu lama kita hadapi?
Sudikah kita memberi peluang kedua, ketiga bahkan tidak kira entah berapa kali pun untuknya memperbaiki diri? 
Jika kita sudi, benarlah yang kita ini masih terlalu cinta. 
Jika naluri sudah merasa jemu, 
jika hati sudah mula enggan, 
jika dijiwa sudah terasa bosan.. 
itu petanda sudah berkurangnya rasa cinta. 
Jika dia ada kerenahnya sendiri , apa kurangnya dengan kita? 
Jangan hanya kesabaran kita sahaja yang kita persoalkan, kesabaran dia terhadap kita...
bagaimana???? 
Tanyalah hati kita... 
Adakah kita ini sebenarnya selalu menyalahkan ataupun hanya mengalah.? 
Am I right? 
Kelemahan ataupun keburukan yang ada pada seseorang sebenarnya bukan sahaja tidak diingini oleh kita tetapi oleh mereka juga . Hakikatnya mereka juga sedang berhempas pulas untuk mengatasi kelemahan ataupun keburukan itu. 
Alangkah moleknya jika kita membantu daripada kita seringkali ‘membuntu kan.'
Kebanyakan dari kita tidak sabar dengan kerenah orang yang kita sayang . 
Keceriaan dan ketenangan hidup rasa semakin terhakis oleh tabiat buruk mereka kan?
Kata orang, 
habis manis sepah dibuang. 
Padahal, telek-teleklah kenapa orang-orang yang kita sayang itu muram, 
kenapa orang yang kita CINTA itu masam…
mungkinkah dek kerana kerenah kita sendiri. 
Masya-Allah.
Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu sudah hilang fungsinya. 
Kalaulah sesuatu itu tidak lagi membawa ape_ape manfaat kepada kita, 
apalah gunanya lagi untuk kita meyimpannya kan? 
Begitulah juga dengan cinta.. kalau tujuannya hanya untuk memiliki. 
Kalaulah cinta itu bukan hanya untuk memiliki, kita akan terus cinta,, tidak kira apa jua keadaan orang yang kita cintai itu… 
Barang yang sudah hilang fungsinya bukan untuk dibuang, tetapi masih lagi boleh untuk diperbaiki. 
Begitulah juga dengan kita tatkala berdepan dengan keburukan atau kelemahan orang yang kita sayang. 
Saya sudah kehilangan kata-kata sebenarnya,,πŸ˜”
Kata orang.. 
"Janganlah cemburu buta" 
"Demi cinta, dalam diam suara hati saya membisikkan, jika saya tidak mendapat apa yang saya sukai, saya seharusnya belajar menyukai apa yang saya dapat !"
Betapa hebatnya sebuah kisah cinta ini,, yang saya baca. 
Kisah cinta yang menyebabkan airmata saya tumpah percuma, Saya sudah kehilangan kata-kata. Termenung dan merenung begitu lama. Masih bermain-main di benak saya di akhirnya... 
"Dihari kematian isterinya barulah masyarakat tahu bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang yang cacat… 
Dia hanya ‘berlakon’ cacat hanya untuk menjaga maruah dan harga diri isterinya yang benar-benar cacat. Berpuluh tahun lamanya dia berlakon begitu,, 
Bukan sehari dua.. tapi puluhan tahun! " 
terkedu saya sebentar.. 
Subhanallah. 
Itulah dia cinta yang sebenar. 
Cinta yang melepaskan belenggu psikologi, penjara jiwa dan rantai fikiran yang boleh menghilangkan kebahagiaan daripada diri orang yang dicintai .
Sesungguhnya.. 
Tidak ada cinta yang seikhlas cinta Allah. Allah yang Maha Kaya itu tidak memerlukan sedebu pun manfaat daripada hambaNya. Dia Al Qawwi, Dia Al Ghani… 
Tuhan maha Perkasa dan Tuhan maha Kaya, 
Tuhan tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukanNya.
Allah tidak inginkan sebarang balasan ataupun ganjaran.
Allah memang memiliki… 
tetapi DIA bukan membelenggu. 
CintaNya adalah untuk membebaskan. 
Untuk bebas dari memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, 
Jadikanlah cinta DIA sebagai asas dan di atas segalanya rasa sayang dan cinta. 
Janganlah menjadi hamba cinta, 
walaupun kepada dia yang kita sayang separuh mati !
Allah understands our prayers even when we can’t find the words to say them. 
“If you love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive your sins:
For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.” 
(Al-IMRAN:31)