#AndainyaIniBAHAGIAmengapaPerluMemintaMinta#
Wrote by : Arissya Aygpinky.
On Friday , 31 October , 2014
03.00am
www.eisyaumaira2204.blogspot.com
**Inikah dia BAHAGIA yang dicari...??**
"Menjadi LILIN beerti kita memberikan cahaya kepada oranglaen,,dan membiarkan diri kita sendiri terbakar....
Ketika diri sudah tidak mampu lagi untuk memberi peluang kepada oranglaen, maka berikanlah ruang dan peluang itu kepada diri sendiri. Kita takkan dapat memaksa orang laen untuk mengasihi dan menghargai kita..
Bukankah molek jika memaksa diri untuk mengasihi dan menghargai diri sendiri pula...😔
Salam ukhuwwah fillah abadan abada....
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْـــــم
Ramai orang yang mahukan BAHAGIA.
Pelbagai cara yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini demi mengejar secarik rasa bahagia.
Namun, masih ramai juga yang masih tidak puas dengan apa yang dikecapi.
Kata mereka bahagia yang dicari tak sampai ke tahap yang digariskan oleh mereka.
Untuk merasa bahagia terlalu tinggi untuk digapai.
Bahagia yang dicari semakin sukar untuk diraih kerana bahagia itu keterlaluan benar bagi pemiliknya.
[BAHAGIA ITU, BAGAIMANA?]
Ada yang merasakan bahagia itu ialah pabila mampu berbelanja ribuan, puluhan atau jutaan ringgit demi harta dunia yang sifatnya hanya sementara.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah tatkala menghabiskan masa untuk berseronok cuma.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah apabila dikelilingi kawan2 yang sentiasa ada untuk bergelak ketawa bersama-sama kita.
Ada yang merasakan bahagia itu tatkala memiliki pelbagai barang2 yang berjenama dengan harga yang tinggi cuma.
Ada yang merasakan bahagia itu ialah apabila kita mempunyai kekasih hati yang kononnya cantik @ handsome dan jujur menyintai kita apa adanya.
ANDAI ITU BAHAGIA, MENGAPA MASIH MEMINTA-MINTA?
Begitu ramai manusia yang punya segala-galanya, namun masih merasakan dunia ini hanya kosong tanpa warna. Mengapa masih meminta-minta untuk bahagia, mengapa masih mencari-cari rasa bahagia itu sedangkan bahagia itu sebenarnya sudah ada didepan mata. Telah ada pada mereka.
Bahagia itu bukanlah sesuatu yang perlu diukur dengan nilai wang atau harta berjuta, tapi memadailah ia hanya dengan kesederhanaan...
[Tunjukkanlah andai itu BAHAGIA...,]
Bahagia itu ternyata satu rasa.
Perasaan yang tenang yang dirasai
di setiap urat nadi kita.
Bahagia itu adalah nikmat rasa gembira yang membuatkan manusia yang kaku emosinya mampu tersenyum dengan semanis-manisnya senyuman.😊
Bahagia itu kadangkala dikecapi bukanlah kerana dari yang sebesar-besarnya perkara, sebaliknya ia boleh terjadi kerana perkara yang sekecil-kecil cuma.
Bahagia itu mudah sebenarnya.
Ikhlaskan hati dalam segala tindak-tanduk dan bebaskan diri dari belenggu masalah yang kadang-kala terlalu sekelumit cuma.
Mereka ini terlalu banyak mempersoalkan tentang hakikat hidup ini.
Belajarlah untuk bersyukur kerana dengan rasa bersyukur itu, maka hati akan merasa akan nikmatnya bahagia.
In shaa Allah.
**Jika "langit" yang hendak runtuh..masakan jari yang kecil ini mampu menahannya**😔
[Arissya Aygpinky]
Tidak ada kebahagiaan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup kita dengan apa adanya. Jadilah kita diri sendiri.
Kita ubah apa yang mampu untuk diubah, yang tidak kesampaian untuk digapai, kita serahkanlah saja kepada Allah.
Jika bahagia yang dicari-cari selama ini, tetapi derita pula yang diberi… maka terimalah.
Berbahagialah dengan derita itu.
Manusia itu akan sentiasa tersiksa oleh jangkaan dan harapannya.
Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran waktu dan masa. Tidak ada yang akan kering kontang sepanjang masa umpama Sahara..kerana hidup kita ini sentiasa berputar ibarat roda.
Kita hanyalah hamba…
tatkala kita telah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah.
Carilah R&R dalam hidup ini, di sanalah tempat untuk kita berehat seketika…
sebelum berehat untuk selama-lamanya!
Jika ditakdirkan tidak juga kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat yang ia sememangnya tidak akan ada dan bukan untuk kita.
Di akhirat sana nanti tempatnya ‘ada’ dan sempurna segalanya.
Dalam setiap apa yang kita miliki,
pasti ada jemu dan letihnya.
Dalam setiap apa yang tidak kita miliki, pasti ada rasa kesal dan sayunya.
Janganlah "terlalu" dalam segalanya.
Jika kita cintakan dia,,janganlah terlalu cinta,
jika hadir kebenciaan dalam diri,, janganlah terlalu benci.
Jika bahagia yang kita miliki,, janganlah keterlaluan dalam gembira,
jika kesakitan yang kita rasa,,
janganlah terlalu berduka...
kerana setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya dan ada pasang surutnya.
Bersederhanalah dalam diri..kerana,,
Yang sederhana itulah yang selalu menyelamakatkan ‘hati’ kita.
Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Semakin kita terima hakikatnya hidup,kehidupan kita akan menjadi semakin tenang. Jika tidak, kita akan sentiasa mengeluh, kecewa, rasa dipersendakan dan ditipu oleh manusia lain dan keadaan.
Sebaliknya, apabila kita mula menerima hakikat dan FITRAHNYA DUNIA ITU memang tidak adil, maka hidup kita akan menjadi lebih tenang dan harmoni.
Yang baik, tidak semestinya mendapat ganjaran dan balasan yang baik.
Tapi yang jahat, acap kali terlepas dan bebas?? 😦
Ya, inilah hebatnya Allah menguji manusia yakni kita sebagai hamba, agar terserlah siapa yang benar-benar ikhlas berbuat kepadaNya dan siapa pula yang
benar-benar meninggalkan kejahatan kerana-Nya jua. Inilah dia ujian iman.
**Walaupun ketika ini saya tidak punya apa-apa...namun saya ada Allah...**
Bukan kesukaran dan kesulitan yang membuatkan kita ketakutan...
Tetapi...ketakutan itulah yang membuatkan kita menjadi sukar dan terasa betapa payahnya hidup.
Saya takkan cepat menyerah kalau dan tidak akan berhenti untuk terus mencuba...
Allah S.W.T. tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
– [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]
Nukilan Menuju Rabbi...
♥لأ آله الأ الله Ù…Øمــد رســـول الله♥
Jazakallah..