Saturday, 27 September 2014

Luka ditangan nampak berdarah,, Luka dihati Allah yang tahu




#LukaDitanganNampakBrdarahLukaDihatiAllahYgTahu#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Thursday, 25 September, 2014 
23.16pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com 

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” 

(Riwayat Ahmad)

Luka Di Tangan Nampak Berdarah..tapi Luka Di Hati ??

Aduuuhhhh..jari saya terhiris pisau...mungkin besar kot luka nye..tapiiiiiii..
taklah seperit or sesakit luka yang telah saya rasa dihati.....😔
Luka di jari memang nampak berdarah..
Tapi... 
Luka dihati ?? tak siapa yang tahu keadaannye..
Bila tengok luka kat tangan..boleh ajer sapu minyak gamat or TAMPAL dengan handyplast je..
Dua tiga hari dah pulih... dah pun tertutup luka itu ..
Tapi bila luka itu dah melarat kat hati ?? 
Rasa2 bole ker TAMPAL dgn handyplast ? 
Kalaulah luka dihati tu boleh disembuhkan dengan minyak gamat..taklah saya rasa separah ini 😔
Kalaulah luka dihati tu dua tiga hari dah boleh sembuh macam luka yang kena kat jari..taklah jiwa saya rasa kosong sangat-sangat. 😔
Mesti takkan ada yang akan cakap cinta itu terlalu MENYAKITKAN..
(am I right?) 😔
Mesti takkan wujud or tercipta sengketa kita..
Mesti takkan ada SEPI yang berpanjangan..
Mesti takkan ada hati yang patah dan kalau ada yang patah pun akan tumbuh dan yang hilang akan tetap berganti..
Dan semestinya takkan wujud lagu 
AKU TAK PERCAYA CINTA..kan..?? 

Tapi sejujurnya,, sakit di jari saya terhiris pisau..memang pedih rasanye,, tapi.. 

tidaklah sepedih dan sesakit hati saya yang dihiris-hiris secara halus..
Jari saya terhiris dek pisau..dengan darah meleleh yang tak henti-henti...
sampai orang tak sanggup nak tengok..
tapi jiwa saya terasa kosong. 
Saya tak terasa pun sakit yang teramat..
pedih pun tidaklah sepedih mana..
tapi tatkala sakitnya hati saya bila di toreh oleh pedihnya lidah manusia 😔
Ya Allah.. sakitnye..pedihnye..
tak ada ubat..yang boleh merawat luka "halus" saya. 

Luka di HATI tu ..ibarat PAKU di dinding..

diketuk sesuka hati,,dan bila dicabut sesuka hati..
dinding takkan sama seperti yang asalnya..
begitulah luka di HATI..tetap akan nampak lukanya,, 
walaupun telah dimaafkan..parutnya tetap ada. 

INGAT yea kawan2, 

Dosa kita dengan ALLAH kita boleh minta ampun pada yang Tuan Punya Dunia ,
Tapi tatkala DOSA kita sesama manusia kita,, PERLU minta maaf pada orang yang kita sakitkan... 
-selami hati,tanya iman- 
(by Ibnu Hussin ;) 

Dengan berlapang dada,, saya share kat blog nie supaya kita saling ingat-mengingati.

So minta maaflah andai saya ada tersalah or tersilap,,
even saya terkasar yang tak kena pada tempat.. 
or apa sjer kalau yang ada la.  
Apapun , jangan kita selalu menuding jari dekat orang lain tanpa lihat kelemahan diri kita sendiri juga. 
Manusia nie bukannya bersifat maksum,, 
Yang tak pernah berbuat dosa. Yang penting perubahan kita kearah yang lebih baik. Itulah yang Allah pandang. 
Tak perlu kita jadi mulia hanya setakat dimata manusia semata-mata kan.?? 
Muhasabah diri bersama sahabat diluar sana. 
Kalau ada apa-apa yang tak puas hati,, kan bagus kalau bincang baik-baik . Untuk apa kita maki-maki,, sound-sound orang kat fb nie even kalau face to face pun . 
Tak dapat apa-apa pahala pun. Kita cuma akan sakitkan hati kita sendiri dan neraca dosa kita pun bertambah. 
Ya Allah tahu tak azab Allah tu Maha Dasyat. 
Jangan sesekali kita sengaja menyakiti hati orang lain. 
Sebab.. kadang-kadang luka ditangan akan nampak berdarah,, 
LUKA DIHATI ALLAH YANG TAHU
Kita tak tahu kalau ada orang yang tersinggung dengan percakapan kita . Ungkapan maaf tu cukup untuk meredakan api kemarahan bagi mereka yang benar-benar beriman dengan Al-Quran dan Sunnah. 
Tiada satu manusia pun tiada keburukan dalam diri mereka. 
Jadi kita sesama sendiri kena la saling melengkapkan dan saling ingat mengingati. Bukan benci-membenci :)

Kalau kita rasa ada buat salah dekat seseorang tu,, 

cepat-cepatlah kita minta maaf. 
Tapi khilaf manusia nie kadang-kadang kita tak sedar.)
Apa yang boleh,, kita mintalah keampunan dari Allah 
banyak-banyak supaya andai kita ada sakitkan hati sesiapa,, orang tu akan terbuka hati dengan sendirinya untuk maafkan kita kan?? 
Tapi bagi yang sedar akan kesilapan mereka and dah memohon maaf,, cukuplah sekadar itu, 
Allah Maha Tahu setiap apa yang tersirat dihati kita. 
Manusia boleh judge orang,, juga kelebihan diri kita sendiri. Tutuplah aib sendiri,, n janganlah kita berbangga dengan keaiban,, kerana Allah juga menjaga aib kita .

"People do mistakes but the one who gave an appology is the one whom got my respected"


Lastly, kalau rasa x bole nak go on with friendship or relationship dengan somebody tu,, 

just doakan la dye berubah kearah yang lebih baik . 
Give some support untuk dye dari jauh pun takpe . 
Kalau tak mampu nak buat macam tu,, sakit hati sangat ke dengan what happen semua tu just anggap je dye tak pernah wujud dalam kamus hidup kita . 
Teruskan hidup macam biasa dengan lebih tenang . 
Sebab kita berhak memilih dengan siapa kita nak berkawan or berkasih sayang . Kadang-kadang KAWAN atau orang yang kita CINTA tu lambang peribadi kita juga. 
Bukan bermakna kita tak boleh BERKAWAN atau bercinta dengan orang yang jahil agama,, tapi kalau kita berkawan atau berkasih sayang and tak mampu bimbing dye,, bertambah pula risau,, kalau2 kita akan terikut benda yang dilarang agama. 
Jangan pula bila kita dah berkawan or cinta tu,, 
yang salah pun kita diamkan and kita sokong cara dye. 
SAYANG kawan TEGUR-TEGURKAN. 
SAYANG pada orang yang kita sayang sangat-sangat,, 
IKAT dye DENGAN CINTA KETAT-KETAT:)

HADIS / FIRMAN ALLAH TENTANG SAHABAT


"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, 

maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." 
(Riwayat Ahmad) 

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." 

(al-Zukhruf:67) 

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." 

(Al-Mustadrak ala al Sahihain) 

"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." 

[Riwayat Abu Daud)

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" 

(Riwayat Abu Daud) 

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." 

(Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr) 

Sungguh teguran saya ini untuk kesedaran bersama . 

Mustahil kalau diri saya tidak punya khilaf . 
Tapi saya melakukan apa sahaja demi rasa sayang ini pada ukkhuwah fillah . Juga dakwah saya demi deen , ISLAM . 
Maafkan segala apa yang salah . :) UKHWAHFILLAH.

Jazakallah 

www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Wednesday, 24 September 2014

KAMI....

Just because we are bezfrenz 

Some frendship are just like Tom and Jerry... 

Be CHILL forever... 

Smile sweetly... 

Tuesday, 23 September 2014

Twink-twink....

Life is just like anything else... 
 Sometimes HAPPY,,, other time ROUGH...
Just be CHILL!!!! 


#HangatPelukanSahabatWlaupunHanyaDalamMimpi#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Monday, 22 September, 2014
2204 pm.
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

**Ada ketika,, kita perlu korbankan perasan sendiri demi kehendak oranglain. Ada ketika,, orang tak pernah hargai pun pengorbanan kita. Ada ketika,, kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati oranglain. Ada saatnya,, orang hanya nampak salah kita sahaja,, tapi tak pernah merasa yang punca sebenarnya adalah dari mereka. Dan ada masanya,, kita sudah terlalu letih dengan segalanya yang kita hadapi. Tapi,, suatu ketika nanti..pasti semua ini ada jawapannya selagi kita masih memilih untuk bersabar...

Satu hakikat yang kita kena terima,,
Manusia itu akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah kehilangan sesuatu **😔

[Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin]


“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan.

Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

Hati terdetik mahu benar berjumpa dengan seseorang. Terbayang-bayang dalam fikiran akan wajahnya. Rindu sangat-sangat,, hanya Allah sahaja yang mengetahui. 😔

Tak sangka, Allah dengar. Lintasan kecil di dalam hati ibarat satu laungan yang mana Allah dengar,, tidak kira kuat atau perlahannya ia.

Sedang diri berjalan tidak pasti hendak ke mana,

Langkah kaki diri ini terhenti, beliau betul-betul berjalan menghala ke arah saya...
Allahuakbar.
Tak berhenti bibir ini mengucap rasa syukur yang tidak terhingga. Telefon bimbit ada, bila-bila masa sahaja boleh berhubung. Tapi, inilah rasa tautan hati bila bersahabat/berukhuwwah kerana Allah. Indahnya lebih terasa.
Dia tersenyum ke arah saya.Terus saya tarik tangannya dan memeluk erat dirinya. Hangat terasa.
Hilang rasa gundah dan penat segala.. Walaupun hanya dalam mimpi sebenarnya.
Sekejap pun tak apa. Terus terasa satu kekuatan yang positif dan bibir ini mekar dengan senyuman sehingga mata kembali terjaga dari lena.

Hebat kan Allah? DIA tahu apa yang kita rasa.

DIA hantar seseorang atau sesiapa sahaja untuk beri tenaga semula pada kita secara zahirnya.
Batin kita sudah tentu Allah lah yang memberi segala kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menyusuri jalan Allah ini.

Untuk dye,,

Kalau kehadiran ini,, dianggap menyusahkan,
moga-moga pemergian saya nanti menghembuskan pula ketenangan.
Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biarlah jatuh gugur dalam mahabbah...
Kerana daun yang jatuh takkan pernah sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :
”..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya
hamba-hambaNya.”
[Fussilat::46.]

Jazakallah

Www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Sunday, 21 September 2014

Time to release tension...

Lol... 


betul ke nie?? 


ermm,, mner pink nie?? 

oppossss.... (^_-) 

Saturday, 20 September 2014

Hargailah saya...

#HargailahInsanYangKitaSayang#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Sunday, 21 September, 2014
18.54
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

*Dalam hidup ini adakalanya terlalu mengelirukan,,
kadang-kadang kita bahagia kerananya dan adakalanya kita akan terluka kerananya juga.
Mungkin dalam hidup ini, kita tak perlu terlalu percaya,
tidak perlu terlalu sayang , tidak perlu terlalu sayang,,
malah tidak perlu terlalu cinta.
Apa yang perlu hanyalah.. HARGAILAH insan-insan yang kita sayang,, kerana kita tidak akan tahu bilakah masanya kita akan kehilangannya *😔

Kadangkala kita tidak pandai MENGHARGAI kehadiran seseorang dalam hidup kita,
kita MENOLAKNYA dan mensia-siakan kehadirannya di sisi kita..
Apabila tiba satu masa kita mula menginginkannya,
benar-benar merindukannya..
barulah kita SEDAR yang kita memerlukannya dalam hidup kita semula,
namun saat itu...sudah tidak ada lagi..
Sayangnya sudah tidak ada.

Manusia akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah KEHILANGAN sesuatu..
Maka biarkan cinta itu pergi..
CINTA SEJATI pasti akan kembali..
Kan Allah dah janji,,
Kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati bagi setiap
hamba-Nya..............;)

♥Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT,♥
♥Tapi masih terlalu banyak DUGAAN...♥
♥Kadang-kadang kita minta CERDIK,♥
♥Tapi MASALAH pula yang timbul,♥
♥Kadang-kadang kita minta BAHAGIA,♥
♥Tapi kenapa HURU-HARA pula datang…♥

♥DUGAAN menjadikan mental kita KUAT,♥
♥MASALAH menjadikan kita BERFIKIR,♥
♥HURU-HARA menjadikan kita TABAH…♥
♥HEBAT kan Allah…semuanya ada hikmah…♥

[JANGAN MENGELUH ! ]

Sebelum kita menuding jari,, menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun dari manusia yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan bersyukurlah kepada Allah SWT bahawa kita masih lagi hidup........:)
SMILE SWEETLY.... 😊
JAZAKALLAH
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Be sane,,

#BeSane#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Sunday, 21 September, 2014
23.44pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

♫Allah knows who belongs in your life & who doesn't.. (●*∩_∩*●)

Bila.. .. .. …❓❓❓❓

Bila ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita impikan,
Semoga suatu hari,, Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikan kita...
Bila ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita rindukan,
Semoga suatu saat nanti Dia menghadirkan seseorang yang merindukan kita.
Bila ALLAH tak memberikan seseorang yang kita dambakan,
Semoga suatu ketika nanti Dia menghadiahkan kita dengan seseorang yang mendambakan kita.
Bila ALLAH tidak menyatukan CINTA kita dengan seseorang yang kita cintai sangat-sangat,,
Semoga satu hari nanti,, bila tiba saatnya... Dia menghadirkan seseorang yang mencintai kita sesungguhnya...

* Ahabbaka llazi ahbabtaniy lah *


Nothing will change.... So sad,,,


Saya tetap akan ingat kata-kata itu. 
Ibarat luka yang semakin bernanah,,menyakitkan  :-
"Manusia NIE akan berubah hati bila ada peluang "





Tuesday, 16 September 2014

#AndainyaKitaMendengarPesananRohKepadaManusia#
Tuesday , September 17 , 2014
Wrote by : Arissya Aygpinky
16.00pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

**Saat kita inginkan kaya,, terkadang kita LUPA yang hidup ini adalah kekayaan.
Saat kita takutkan rugi,,terkadang kita LUPA yang hidup ini adalah keberuntungan. Sesungguhnya hidup akan lebih indah
sekiranya kita tidak LUPA untuk merasa bersyukur **

~Andainya kita mendengar semua PESANAN ROH KEPADA MANUSIA, pastinya kita takkan mampu untuk ketawa atau tersenyum lagi.
Kita takkan mahu lagi pada dunia yang bersifat sementara~
Allahuakbar....

Apabila keluarnya roh daripada jasad, maka ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit ataupun di bumi akan mendengar semua rayuan dan tangisannya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata ;-
"Wahai orang yang memandikan jenazahku, aku meminta belas ihsan kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan kerana pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara dalam tangisan sambil merayu ;-
"Wahai orang yang memandikan jenazahku, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga janganlah menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku telah terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu ;-
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jenazahku, janganlah engkau menggosok tubuh aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak kaki mayat akan diikat dan
roh pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat ikatannya serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
wajah anak-anak,
wajah isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak akan dapat melihatnya lagi hinggalah sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu roh berpesan ;-
"Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meninggalkan isteri atau suamiku keseorangan. Maka janganlah kamu menyakitinya.
Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali lagi kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya janganlah mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara
anak-anak dan sanak saudaranya buat kali yang terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan;-
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
janganlah kamu terperdaya dengan tipu daya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku,
dan janganlah kamu lalai dan lupa ketika ini sebagaimana ianya melupakan dan melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan selama aku hidup di dunia untuk waris-warisku dan alangkah sedihnya aku, kerana sedikitpun mereka tidak mahu menanggung segala kesalahanku".
"Adapun didunia sana, Allah saw  menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan . Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Baginda Rasullullah saw berkata;-
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai di kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail a.s. akan menebarkan sayapnya yang
di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya.
Ini adalah kerana sangat rindunya dia pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail a.s.
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail a.s. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu, dia tidak lagi mahu melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata;-
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang mukmin ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt"
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud;-
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkatalah tangan:
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut mencuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata;-
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang-alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu!"
Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga, maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan dari ayat-ayat Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata;-
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab. Mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud;-
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah swt, maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt,
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar r.a;-

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1.] Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2.] Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3.] Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4.] Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.] Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dan tidak dilangit sampai hari Kiamat.
6.] Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.] Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka akan diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw;-
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang - yang berpuasa di hari Arafah.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu ilmu atau amal yang berkekalan bagi orang yang mempelajarinya dan menyampaikannya kepada oranglain meskipun dia sudah mati.

Wallahu'alam....
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Kalau kita rindukan seseorang....

#KalauRindukanSeseorang#
Wrote by :Arissya Aygpinky
On Tuesday, 16 September, 2014
02.15am
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan
– Ibnu Abbas

Bismillahirrahmanirrahim

**Ustaz Don kata ,
Kalau rindukan seseorang , letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia.
In shaa Allah. **

Hidup ini adalah Fitrah,, kalau kita PERCAYA,,
Jangan terlalu percaya sangat.
Kalau kita CINTA,, jangan terlalu cinta sangat.
Kalau kita SAYANG,, Janganlah terlalu sayang sangat - sangat.
Sebab perkataan SANGAT - SANGAT tu satu hari nanti akan buat kita rasa SAKIT SANGAT - SANGAT.
Rasa sayang atau cinta kita pada seseorang adalah naluri fitrah manusia .
Kadangkala kita harus melepaskan orang yang kita sayang
untuk dia mencari kebahagiaannya sendiri.
Walaupun kebahagiaannya tak bersama kita.
Lepaskanlah agar dia berhak membuat keputusannya sendiri.
Biarlah kita sakit,, biarlah kita luka.
Sehingga memberi parut yang menjadikan kita serik untuk ambil tahu tentang cinta lagi.
(It's time for you to get up from ur falling.)
Jangan biarkan diri kita terus jatuh selamanya.
Tidak salah andai kita pernah jatuh dan menangis.
Tapi adalah salah andai kita pernah jatuh dan biarkan diri kita terus terduduk dengan harapan dia akan hadir menghulurkan tangan.
Tak perlu sayang.
Entah dia tahu entahkan tidak.
Even kalau dia tahu SEKALIPUN,, Entah dia ada rasa simpati entah tidak.
Cintailah Ilahi.. kerana Dia tidak akan pernah menolak
CINTA kita.
Berjalan kita merapatiNYA,, berlari Dia merapati kita.
Kita akan temui kebahagiaannya.
Dan yakinlah,, kita akan tahu..
(why ur relationship was OVER then)
Jawapan ada dalam hati kita. Tepuk dada tanyalah hati..
Kerana sayang n cinta tulus kita itu kita berikan untuk orang yang tidak pernah MENGHARGAINYA.
Sesungguhnya,,
Allah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk kita. Biarlah kita tengok orang yang kita sayang or cinta tu bahagia dari jauh . Itu dah cukup. Dan tak perlu untuk kita meraih cintanya kembali.
Kerana cinta tak seharusnya memiliki. Kalau takdir sudah tertulis,, dia bukan jodoh kita,, tetap kita takkan dapat untuk hidup bersama. Kita doakan kejayaan mereka dan menumpang kebahagiaannya dari jauh walaupun sebenarnya dia membina kebahagiaannya diatas airmata kita.

Andai benar cinta itu ada,,,mengapa perlu saya meminta - minta.
Untuk dia...
**Mana datangnya pucuk yang segar menghijau,,
andai akarnya diracuni **
Jazakallah
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Sunday, 14 September 2014

Kekuatan untuk menunggu...

#KekuatanUntukMenunggu#
"Kerana hidup ini adalah laluan yang menuntut quwwatul intizor."
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Sunday, 14 September, 2014
22.11pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

"Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya."
[Saidina Ali bin Abi Thalib]

Saat kita mula berkaca..
Orang yang terlalu mudah terluka , barangkali hatinya tidaklah seluas padang yang terhampar.
Orang yang sifatnya terlalu kerap marah , barangkali hatinya tidaklah selebar langit yang tergantung.
Orang yang jiwanya terlalu sensitif , barangkali hatinya tidaklah sekeras batu di jalanan.
Barangkali itu... or barangkali ini..,, n kebarangkalian dalam apa jua..
Segalanya mungkin kan??

Melihat dan memberikan komen serta pandangan mengenai situasi orang lain, luarannya kelihatan amatlah senang.
Namun tatkala ianya jatuh tertimpa pada diri sendiri,
berlainan pula sikapnya dengan apa yang dikatakan.
Fitrahnya manusia, begitulah,,
Kesilapan yang orang lain lakukan , nampak jelas sekali di mata.
Tapi bila silap sendiri, jarang sekali untuk diteliti biarpun ianya sudah nampak terang lagi nyata.
Ibarat "gajah didepan mata tidak nampak , tapi kuman diseberang laut seringkali jelas kelihatan"

"Jika kita membenci seseorang, kita sebenarnya membenci sesuatu di dalam dirinya yang merupakan sebahagian dari diri kita .
Apa yang bukan merupakan sebahagian dari diri kita sendiri, sama sekali takkan mengganggu fikiran kita sebenarnya kan???
For him...
"Saya sebenarnya sudah kehilangan kata-kata,,
kerana saya sememangnya tiada kekuatan untuk menunggu.
Bukankah penantian itu terlalu menyakitkan?? "

Dalam dakapan ukhuwah, ternyata segalanya adalah cermin.
Maka saat kita berkaca, menemukan aib pada kawan,, or pada orang yang kita sayang sangat - sangat,,, perjalanan itu sesungguhnya tiada beza,,
sama ertinya dengan menemukan aib sendiri."
Dalam dakapan Ukhuwah...

www.eisyaumaira2204.blogspot.com  :-D


Saturday, 13 September 2014

SELAMATKANLAH SAYA DARI NERAKA

#SelamatkanlahSayaDariNeraka#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Saturday, 13 September, 2014
21.00pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

**Takkan terhidu harumnya mewangi,, andai tak dinyalakan setanggi,,
Takkan terasa manisnya hidup,, andainya tidak dilambung gelora,,**

Kepada sahabat2 saya diluar sana ,, entri ini ditulis bukan untuk menperlekehkan sesiapapun , sekadar berkongsi peringatan bersama…

**SELAMATKANLAH SAYA DARI NERAKA! **

"Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!"

Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya:
"Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda:
"Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah dari penghuni neraka."
Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: "Mengapa wahai Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Kalian banyak melaknat dan derhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian."
Mereka bertanya lagi:
"Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’
Baginda menjawab:
"Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?"
Mereka menjawab: "Benar."
Baginda berkata lagi: "Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?"
Mereka menjawab: "Benar."
Baginda berkata:
"Itulah (bukti) kekurangan agamanya."
(Riwayat al-Bukhari no. 298)

Setiap suami yang mencintai isterinya pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Betapa tidaknya, tegakah anda melihat isteri anda yang tersayang terhumban ke dalam neraka hanya kerana dari lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak pernah bersyukur?
Cakap suami itu dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.
Isteri yang sebegini ternyata perlukan bantuan.
Dia sedang “sakit”. Tetapi bukan mudah untuk membantu orang sakit yang sentiasa berasa dirinya benar dan betul. Silap2, dia boleh jadi semakin menyinga.
Isteri begini terlupa bahawa selagi suami itu tidak menyuruhnya kepada yang haram,, maka isteri wajib taat. Dia terlupa untuk mensyukuri pemberian suami yang kecil.
Dia sudah tidak ingat lagi bahawa jalannya menuju
ke syurga adalah melalui pintu gerbang ketaatannya kepada suami.
Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia bernama suami.

Kepenatan menguruskan rumah tangga bukanlah alasan untuk meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi penyeri rumah tangga. Begitu juga jika dilihatnya ada kelemahan dan kekurangan pada diri seorang suami…
Janganlah dijadikan alasan untuk melawan dan merendah-rendahkan maruah suami .
Selagi dia yang bergelar suami itu tidak menyalahi aqidah dan syariat,
maka selagi itulah seorang isteri itu wajib patuh dan taat .

Ambillah iktibar daripada Asiyah isteri kepada Firaun.  Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah hasil ketaatan dan kebaikan yang dicurahkan kepada suaminya. Kecuali menyembah tuhan selain Allah, itu sahaja yang tidak dituruti oleh Asiyah.
Segala suruhan Firaun yang selain itu dilaksanakannya dengan sepenuh hati. Ertinya, beliau terus melaksanakan perintah yang baik walaupun suaminya itu datangnya daripada seorang yang jahat.
Selayaknya isteri harus sedar bahawa kita tidaklah sebaik Asiyah,, dan suami mereka tidaklah sejahat Firaun.
~Hanya kadangkala suami itu terlupa,
~sedikit berang kerana dia sebenarnya keletihan,
~menjadi sedikit ego kerana ada sesuatu yang dirisaukan,
~tidak senyum kerana masalah di luar rumah,
maka isteri itu menjadi pemarah, pendendam dan peleter yang tidak mengenal tempat dan maaf.

[Lembutnya Berbahasa]
Sesungguhnya bahasa yang baik itu datangnya dari orang yang baik2. Tetapi jika bahasa itu kasar, kesat dan kotor,,
itu adalah petanda dijiwanya yang kotor.
Bahasa dan tutur kata terlalu besar kesannya dalam hidup berumahtangga.
Dalam kitab-kitab tradisional pun ada mengatakan bahawa bahasa isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik2.. Ingatkah kita apa pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan firaun?
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.”
(Surah Taha 20: 44)

Hanya dengan bahasa yang lembut, intonasi yang lunak sahaja dan adab yang sopan, maka hati suami itu akan “cair” dan tertumpah extra kasihnya .
Sebaliknya, kata-kata yang kasar dan intonasi yang tinggi akan ditolak secara terang-terangan atau secara diam-diam WALAUPUN  ternyata isinya ada kebenaran dan kebaikan.
Kan Allah dah mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 159)

Menurut kajian, sikap cerewet adalah salah satu punca yang menyebabkan rumah tangga tidak bahagia.
Isteri yang cerewet hanya nampak yang cacat, yang busuk, yang kurang, yang pahit dan absolutely hal-hal yang negatif sahaja. Sedikit kesilapan.. boleh menjadi punca kemarahan yang berjela-jela yang terlalu sukar untuk diredakan.
Ada saja perkara yang tidak kena dimata isteri sebegini kerana dia sememangnya mencari yang “tidak kena” sahaja .
Dia seringkali berjaya mencari “nila yang setitik” untuk merosakkan susu yang sebelanga.

Tindakan suka melaknat dan tidak mensyukuri pemberian suami ialah penyebab utama kebinasaan wanita bergelar isteri .
Namun itu bukan bererti suami harus berlepas tangan dan berasa selamat dengan autoriti serta haknya sebagai suami.
Suami juga harus ingat jika isteri berterusan dalam keadaan begitu maka secara automaticnya dia juga tidak selamat.
Whyy?
Because suami wajib mendidik isteri dan menyelamatkannya. Isteri yang baik akan lebih mudah masuk ke dalam syurga sekalipun suaminya jahat,
Akan tetapi untuk suami2 yang baik sangat2 terlalu sukar untuk masuk kesyurga jika isterinya jahat.

"Selamatkanlah saya Isterimu wahai Hubby"
Di bahu para suamilah terletaknya tanggungjawab menyelamatkan isteri yang suka melaknat dan tidak bersyukur itu. Selain istiqamah,, mendidik dan memberi peringatan, suami harus tidak jemu-jemu mendoakan isterinya yang sebegitu. Bantulah mereka agar sering bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka. Janganlah hanya mengeluh dan memendam rasa,, tetapi berusahalah memperbaiki keadaan dan sengsara itu dengan berlapang dada.
"Plzz do it for your beloved wife sayang"

Bagi suami yang ada title "pemberang" pula...
let's remind our husbands :-
"Jangan berlawan api dengan api… nanti rumah tangga terbakar dan cinta itu akan terpadam.
Tidak semua leteran itu semata-mata kerana kebencian,
tetapi kekadang lebih kepada luahan hatinya .
Justeru bersabarlah pada sesetengah leteran yang hakikatnya hanya satu rintihan dan pengaduan."

Contohilah Sayidina Umar al-Khattab yang rela menahan “telinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai kesusahan isterinya yang keletihan menguruskan rumah tangga dan menjaga anak-anak. Padahal Umar di luar rumah bukan sahaja digeruni oleh musuh-musuhnya, bahkan syaitan sekalipun tidak akan lalu di tempat dia lalu!
Sebagai suami, Umar sedar bahawa bukan semua leteran itu satu kesalahan,, tetapi banyak antaranya hanya dari satu luahan cinta daripada kekasih yang keletihan!
How amazing he ? Really impressed me...
Allahu Rabbi.. 😍

Didiklah isteri agar selalu bersedekah.
Bersedekah itu bukan setakat harta tetapi dengan tenaga, meluangkan masa ataupun sekadar memberi senyuman.
Itulah saranan daripada Rasulullah s.a.w untuk tidak tergolong dalam wanita yang akan dihumban ke neraka.
Carilah ruang dan peluang itu untuk memberi sedekah kepada anak-anak, suami, jiran tetangga, sahabat2 kita , mentua, saudara dan pada yang memerlukannya.

Dalam sejarah hidup wanita-wanita solehah kita akan lihat bagaimana mereka sangat melazimi cara hidup yang mudah bersedekah ini. Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Zainab dan
lain-lain Umahat al-Mukminin ialah wanita yang terkenal banyak bersedekah. Ini adalah satu lagi isyarat untuk wanita-wanita selepas generasi mereka dan khususnya generasi kini agar bersedekah untuk menyelamatkan ketelanjuran lidah yang berbisa dan hati yang tidak membesarkan jasa.

Bersedekahlah kerana cinta..
Yang bernama isteri,, bersedekahlah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati.
Yang bernama suami,, bersedekahlah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka.
In shaa Allah, Allah akan “sedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya.
Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta until Jannah!!

[Bila Isteri “Mengamuk"]

Kekadang isteri mengamuk terlalu melulu,,
Dengan ombak prasangka dan api cemburu,,
"Apa bukti setianya suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira hendak “mendua”, “mentiga” or “mengempatkan”ku? Ktenye....
Ada saatnya disergahnya suami,,
Ketika keringat dia masih lagi membasah,,
Baru nak melangkah masuk pintu rumah.. di herdiknya suami,, Sounds like selfish right??,,
Adilkah begitu sayangnya kita pada suami wahai
isteri ?
Ketika itu bermuhasabahlah diri sendiri wahai SUAMI..
Mungkin sebelum ini suami itu pernah berdosa dengan"Tuhan Yang Punya Dunia" atau mungkin pernah bersalah dengan insan yang suatu ketika dulu terlalu mengharapkan,,
Because..
What comes around,, goes around...
Mungkin banyak sangat dosa dan penganiayaan yang telah dilakukan,,
Lalu datanglah “serangan” itu sebagai peringatan
Yang bernama suami,,
Hadapkanlah diri kalian ke cermin hati..
Kajilah dirimu itu setiap satu persatu..
Kalaulah saat dan ketika ini terlalu liar,
maka berhentilah melakukannya,,
Kalaulah pernah melakukan dosa, maka bertaubatlah.

Satu teguran "VERSI SENTAP" untuk mereka2 diluar sana yang bergelar "SUAMI" :-

"Jangan pernah memasang niat atau berkira-kira hendak “berdua” or "bertiga" even ramai manapun.
Selayaknya..kalaulah SATU yang ada itu pun sudah tidak mampu untuk dijaga apatah lagi jika ada yang extra.
Jangankan setakat pada kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah anda meratakan hak untuk mereka, berlaku adil pada setiap satunya dan layakkah anda memimpin mereka dengan penuh kasih sayang?"
Tepuklah dahi,, letakkan tangan anda di hati,,
Cermin - cerminkanlah diri sendiri,,
N tanyalah dekat diri sendiri :-
"Layakkah aku berbini lagi"...????

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu,,
maka nasihatkanlah dia dengan cara yang  baik-baik
Ingatlah setiap kata2 didalam kitab-kitab tua:-
"Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayyub."

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:-
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu anda ,,
Dia yang menyelamatkan anda  daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak anda
Dia yang membantu menjaga makan minum anda
Dia yang mencuci kain-baju anda
Dia yang memberikan segala kasihsayang pada anda tanpa kenal erti jemu …
Lalu apa salahnya anda  bersabar dengan kerenah mereka?”
Taburkanlah segenggam salji,, pada secubit api
In shaa Allah,
cinta itu akan semarak kembali!😉😉

Jazakallah...
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Friday, 12 September 2014

Wait or move on..

#WaitOrMoveOn#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Friday, 12 September, 2014
22.08pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

"Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa"
-Saidina Ali bin Abi Talib

“You can wait around for people to change, or you can change yourself and move on”

If i could make a good decision, i wish..,
i wish i could make it better.
Better than to choose between two choices.
I believe, changing something or someone to a new brand thing is not as easy as what we thought. Although, we believe time is the best tarbiyyah,
but sometimes we realised that, "sabar" is the most crucial thing that we need.

"Sabar" is not only mean by waiting and keep standing there.
"Sabar" is not just make you look and see the changes to happen.
"Sabar" is about we are trying for something in order to make it better. We turn something into a pleasure mean.
Somehow,
That is just the fact of real mean. The real theory that really should happen.
But..
the reality is, I'm just too weak to change it.
I'm just too fragile inside to pretend that I'm strong.
I just get easily upset.

Should i wait for the thing/someone to change or i can just move on…
letting go of that thing for someone better to fix it?? to change it??
Is that fair enough when i put the conclusion on that thing/person without i first do something to it..?
or even try to say a word as an advice?

Ya Allah, please guide me.
If there is a good deed that i can do to help ‘him’, then show me that way Ya Allah.
Ease me to do that.
Dont let me choose my own way..

“When you allow yourself to be too attached to someone,you become weak, overly sensitive, and
bruise much too easily. It's  not worth it”

Jazakallah
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

Thursday, 11 September 2014

Smile sweetly,,, (^_-)

Adakalanya lebih baik untuk kita berdiam diri dari memberitahu sesiapa ape yang kita rasa,, 
menyedihkan apabila kita mengetahui yang mereka itu  hanya mampu MENDENGAR,, 
tapi tak pernah berusaha untuk MEMAHAMI  ^_^ 




Bukan mudah untuk pergi,,

#BukanMudahUntukPergiBilaDiaSentiasaDiHati#
Wrote by : Arissya Aygpinky
On Thursday, 11 September, 2014
22.16pm
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

#BersediaAtauTidakBolosSajeDindingItu# 😊

** Kadang kala..lebih baek mendiamkan diri, dari memberitahu sesiapa ape yang kita rasa..
Menyedihkan..apabila kita mengetahui,, yang mereka hanya mampu MENDENGAR..tapi tidak pernah untuk MEMAHAMI...**

Waktu makin beranjak pergi.. Sudah berapa saat dan ketika berlalu, saya sendiri pun tak pernah sedar.. Malas untuk saya mengira detik dan waktu lagi, Biarlah apa yang datang, izinkan sahaja ia datang..
Dan apa yang ingin berlalu pergi, lepaskan sahaja ia pergi..
Sekeras manapun kita mencuba, apa yang takkan terjadi tetap takkan terjadi..

Dah berhari-hari rasanya saya putar lagi dan lagi.. Apa yang melekat dalam kepala dalam hati saya , hanyalah bait-bait lirik yang berbunyi "Tak mudah untuk aku pergi.. Bila wajahmu sentiasa di hati ini.. Mengapa semua jadi begini.."

Hidup ini ternyata ada banyak fasa..
Ada lebih dari seribu satu jenis perasaan di setiap fasa yang kita lalui.. Unik dan istimewanya kita sebagai makhluk yang bergelar manusia bukan? Ciptaan Allah yang dikurniakan dengan segala macam perasaan, juga akal fikiran yang menjadi peneman perasaan, yang menjadi petunjuk arah untuk kita mengharung hidup kita seharian..

Jodoh, ajal, pertemuan dan perpisahan..
Segalanya telah tersurat sejak di Luh Mahfuz lagi.. Bila tiba satu waktu itu, kita sangka yang kita sudah bersedia untuk menghadapi, kita yakin yang diri kita mampu mengharunginya sendiri , tapi hakikatnya,
kita tak pernah menyangka yang kesediaan kita itu sebenarnya belum lagi mencukupi..
Sejauh mana pun kita rasa kita dah pun bersedia menghadapinya, kita kata:-
"LETS PREPARE FOR THE WORST" , tapi bila saatnya dan waktu itu tiba, ianya sama sekali berbeza.. Biarlah!! Lantaklah!! Apa pun yang terjadi, samada kita bersedia atau tidak, jalan itu perlu juga kita harungi dengan apa cara sekalipun.. Jangankan kata merangkak, mengesot, berguling-guling, atau berlari-lari marathon sekalipun, tetap juga perlu kita lalui..

Sampainya kita di satu perhentian rehat di perjalanan itu nanti, kita akan tahu, samada jalan itu terlalu sukar atau senang..
Adakah ianya berbezanya bila mana kita bersedia ataupun tidak bersedia untuk melaluinya..
Kita akan tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk kita meneruskan perjalanan yang berikutnya..
Dan untuk meneruskan perjalanan itu dengan merangkak atau memecut, itu juga terpulang pada kita
Kadang-kadang, ada waktunya, ada situasinya,
kita perlu jatuh untuk merasa sakitnya,
kita perlu terhantuk untuk kita terngadah,
kita perlu melalui apa jua jenis perasaan untuk kita tahu bagaimana untuk kita menghadapi setiap dari satunya..
Jangan pula dah jatuh, sekali or dua kali,
malah beribu kali pun masih tak merasa sakitnya..
Bila tak merasa sakitnya, maka kita akan jatuh mungkin lebih dari satu juta kali,,,
dan sakitnya barangkali tetap jua tak terasa,
tapi tulang temulang kita semuanya,
mungkin dah retak menanti patah setiap satunya.. =)

Sangkaan saya ucapan selamat tinggal itu mungkin tidaklah sesakit mana,
tapi bila sendiri dah melaluinya, merasainya,
jujur saya katakan, yang saya belum bersedia lagi untuk menghadapinya..
Tapi itulah kehidupan kita manusia, tetap juga kena harungi walau bagaimana or sesakit maner..
Paling tidak pun saya belajar bagaimana untuk melaluinya..

LIFE SPEAKS :
#BersediaAtautidakBOLOSsajaDindingItu# =p

Wednesday, 10 September 2014

Rentetan kisah Malaikat Zabaniyah...

#MalaikatZabaniyahyangdigeruniDiNeraka#
Posted by Arissya Aygpinky.
On Thursday, 10 September , 2014.
04.00am
www.eisyaumaira2204.blogspot.com  (^_-)

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA. ILMU AKAN MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU AKAN MENJAGA HARTA. HARTA ITU AKAN BERKURANG BILA DIBELANJAKAN, TETAPI ILMU AKAN BERTAMBAH APABILA DIAMALKAN"
(Ali bin Abi Thalib)

**Rentetan dari Kisah Malaikat Zabaniyah dan Tugasnya**

ZABANIYAH merupakan nama malaikat yang bertugas menyiksa orang-orang di neraka dalam ajaran agama Islam.
Ia digambarkan dengan memiliki sosok yang sangat garang dan sadis, tidak mengenal ampun terhadap orang yang telah masuk kedalam perut neraka.
Zabaniah berjumlah 19 malaikat sebagaimana jumlah huruf "BASMALLAH" dan mereka dipimpin oleh Malaikat Malik.

[Malaikat Zabaniyah Tentera Allah Yang Amat Garang]

Rasulullah Saw bersabda;-
" Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penangan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang
(Malaikat penjaga Neraka),
maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim,
niscaya Allah buatkan untuknya,
dari setiap satu huruf itu sebuah SYURGA.😊

[Amat Garang dan Kuat Malaikat Zabaniyah]

Malaikat Zabaniyah mengambil ahli nerakanya dengan menggunakan tangan dan kakinya.
Maka salah satu dari Malaikat Zabaniyah itu dapat mengambil 10,000 orang kafir dengan menggunakan satu tangan,
dan 10,000 lagi dengan memakai tangan yang lain,
dan 10,000 dengan menggunakan salah satu kakinya
serta 10,000 lagi menggunakan kakinya yang lain,
kemudian melemparkannya keneraka.
Jadi 40,000 orang kafir itu dengan sekali ambil kerana di dalam diri Malaikat Zabaniyah memiliki kekuatan dan kemampuan yang luar biasa.
(Allahu rabbi....😟

[Cahaya Zabaniyah Kalahkan Api Neraka]

Penglihatan para malaikat itu bagaikan kilat yang menyambar, gigi mereka bagaikan sepuh tanduk sapi,
sedangkan bibir-bibir mereka menjulur sampai ke telapak kaki,
kobaran api keluar dari mulut-mulut mereka,
dan jarak antara kedua bahunya adalah sekitar perjalanan satu tahun.
Allah tidak menjadikan dalam hati mereka rasa belas kasihan dan lemah lembut WALAU sebesar semut kecilpun.
Salah seorang dari mereka ada yang menyelam dalam lautan api neraka selama 70 tahun tetapi api neraka itu tidak membahayakan keatas dirinya, kerana cahaya dirinya itu dapat mengalahkan api neraka.

[Penyiksa yang Garang dan digeruni Api Neraka]

Betapa garang dan gagahnya Malaikat Zabaniyah sehinggakan api neraka amat gerun kepada mereka.
Malik merupakan ketua di neraka menunjukkan ia lebih garang daripada Zabaniyah.
Ikutilah arahan Malik kepada api neraka yang amat tegas menjalankan perintah Allah....

[Kisah Malaikat Malik dan Zabaniyah]

Malik;-
"Lemparkanlah mereka ke dalam api neraka,wahai zabaniyah".

Lalu Malaikat Zabaniyah melemparkan mereka kedalam api neraka, mereka berteriak dengan mengucapkan;- "Lailahaillallah."
Akhirnya neraka itu mengembalikan mereka.

Malik;-
"Wahai api,kenapa kamu tidak membakar mereka?"

Api;-
 "Bagaimana aku hendak membakar mereka, sedangkan mereka mengucapkan 'Lailahaillallah."

Malik;-
"Yang demikian itu adalah perintah Allah,maka kamu bakarlah mereka".

Akhirnya api akur dan terus membakar mereka.Api membakar mereka bermula daripada kaki hingga ke atas.
 Apabila api mendekati wajah mereka...

Malik;-
 "Jangan engkau bakar wajah mereka, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersujud dengan wajahnya kepada Dzat Yang Maha Penyayang, dan janganlah engkau bakar hati mereka, kerana hati itu adalah tempat tauhid, ma'rifat dan iman, akan tetapi mereka tetap tinggal di neraka.

Jazakallah....

Tuesday, 9 September 2014

Regardless what I wanna write

Regardless What I Wanna Write
Posted by : Arissya Aygpinky
On Wednesday, September  09, 2014
20.38
[Notes 2 Myself]
www.eisyaumaira2204.blogspot.com

**Something u should know...
Indeed...,
Love is just like anything else, it requires routine and preventative maintenance. Some people don't take good care of love..., then they are surprised when love no longer takes care of them.
If you don't put in what you want out...,
it depreciates..**
(Arissya aygpinky)

"Bersederhanalah dalam mencintai,
dan tidak melampaui dalam membenci.
Sungguh ramai org yg terseksa kerana berlebihan dalam mencintai..
dan sungguh ramai org yg binasa kerana berlebihan dalam membenci.."

Assalamualaikum...
Just a quick updates. A quick reminder for myself and my frenzz too.,
so i gotta write it down. Later, if saya rasa down lagi dengan diri sendiri, saya akan baca balik notes nie...
Allahu rabbi...

Past few days, weeks, jiwa nie ada rasa macam tak betul sikit.
Rasa kosong sangat-sangat.😩😩
Well, we are human being. Sometimes not perfect right??
Ada masa imaan tu rasa tingggii bebenor,
ada masa rasa rendaaaahh sangat-sangat dalam diri.
I've been far from Creator, Allah.
But Alhamdulillah...still manage to get the five per day,...
done, walaupun tak berjemaah...walaupun terpaksa berkejar.

Saya masih seorang muslim yang masih belajar. Sometimes i get confused.
Terbaca apa2 post, ada yang kata patut macam tu, patut macam ni,
ini bid'ah, inilah, itulah.
Kita muslim, berpegang pada Al-Quran dan
As-Sunnah, dimana, kedua2 perkara tu masih dalam progress untuk memahami.
Makin belajar,,,semakin bodoh rasanya,
sebab banyak sangat benda yang tak tahu!
Allahu rabbi....

Kalau ada yang rapat dengan saya pun tahu,
saya memang yang x banyak tanya even perkara kecil sekalipun, tapi bukan dari yang berkaitan dengan agama. Dari rasa x tahu itulah saya belajar...
And if you really don't know, as speaker from iMuslim said, " Just tell them you don't know " .

Eventually, saya nie jenis yang suka berkongsi.
Kalau tak kongsi, rasa macam sesuatu terpendam dalam hati nie..
Jadi bila bersendiri nie,, with no one to talks to,
itu yang dok meraban berbagai.
Saya akui, diri ini sejujurnya masih jauh lagi dengan Al-Quran dan Sang Pencipta..
Dengan keadaan perhubungan semasa, keadaan kerja semasa yang menyesakkan dada..,
Saya terfikir just nak ada seseorang untuk tempat mengadu, tempat bercerita, tempat untuk saya meluah segala-galanye yang terbuku dalam dada,,.

Mungkin saya berjauhan dengan Pencipta,
yang membuatkan saya makin berjauhan dengan ciptaanNya.
Saya tak selalu mengadu padaNya,
saya mengadu pada sosial network,
dimana entah siapa pembacanya.

Cinta...
semua orang tak lari dari perasaan dan lumrah untuk bercinta. Mungkin kerana saya dah tersangat-sangat biasa dengan sesuatu yang namanya cinta , dengan orang-orang disekeliling saya.
Dan saat ini saya terfikir;-
"kenapa cinta saya tak nampak seindah dan sebahagia kawan2 saya?"
they go for movies together,
they go for dinner together,
they go to wedding together.
sweet gila!!!
But then, bila saya terbaca satu quote nie:-
Hati saya terhenti berdetik sebentar,,terkaku diam...saya😐😐

" If you truly love him/her for the sake of Allah, you want to meet him/her in Jannah & you fear Allah, you will refrain yourself from contacting him/her "
[Shaykh Daood Butt]

Allahuakbar... tertampar rasanya kat muka sendiri. Berkali-kali baca ayat tu;-
"Kalau benar itu cinta, maka mesti bawa ke syurga, apa apa yang membawa ke neraka,. bukanlah itu cinta namanya" ..
Seringkali kita lupa pada perkara ini.
Dia mungkin sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa saya ke Syurga,.. tapi apa yang saya lakukan?
Sedikit demi sedikit menariknya ke neraka.
Ya Allah, hinanya saya. Maafkanlah saya.
Saya Akan sentiasa cuba perbaiki diri,
In shaa Allah.

Sememangnya ketentuan dari Allah itu sudah terlalu cukup sempurna bagiku. Kita sebagai hambaNya, sememangnya kena sentiasa berdoa dan mengadu padaNya sahaja.
Sentiasa bersangka baik.
Kalau marah dan benci sekalipun, marah itu..
titipkan pada perbuatannya sahaja tetapi bukanlah pada orangnya...kerana,,
Yang baik itu datangnya dari Allah,
Dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.

"Kalau ini terbaik bagiku, Kau tetapkanlah, Kau permudahkanlah. Kalau ini buruk bagiku, Kau jauhikanlah, Kau hindarkanlah. Tetapkan aku dengan kebaikan, sebagaimana yang sepatutnya, dan Kau jadikanku meredhainya"

Perancangan yang terlalu banyak,
saya masih cuba perbaiki segalanya dan akan terus memperbaiki diri sendiri dan mencapai semua perancangan itu satu per satu.
yang penting, perbaiki diri sendiri dulu sebelum nak perbaiki diri oranglain.

Surah al-Baqarah ayat 216 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".



Sesungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui.
Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah.
Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan.
Jika tidak dikurniakan di dunia, di hari akhirat nanti Dia akan memberikannya kepada kita,
oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya....

Jazakallah....

Monday, 8 September 2014

Dalam hati siapa yang tahu :'(

Monday,, September  17, 2014

#SimpanIsiHati#😔😔
Wrote by Arissya Aygpinky
On 16.49pm

Isi hati ini--
tiada seorang pun yang mampu memahami....
Bila ianya dirobek,, diratah sesuka hati dan dihiris-hiris...
hanya ada titis-titis airmata yang jatuh di kelopak mata. 😢😢
Bila hati sanubari cuba berkata :--
kau kuat bukan?
Allah kan ada??
Ya...
Allah ada.
Allah itu setia.
Allah akan faham.
Percaya pada DIA.
Yakin akan rencana DIA.
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya
Allah beri kita petunjuk. Kadang kala tanpa kita sedar, apa apa yang kita niatkan dalam hati sebelum ini,, walaupun tidak kita zahirkan dengan jelas dan nyata,
tapi jangan kita lupa,, Allah tu kan Maha Mendengar.
Sesayup manapun permintaan kita,, sedalam manapun niat itu,, jika dilintaskan dalam hati,...
Allah dengar... Allah tahu.
" Allah mengetahui "APA" yang dicita-citakan dalam hati kita ". -- 😊😊
Ingat ini.
Tanpa sedar, kita meminta dengan cara yang paling halus. Satu hari bila Allah izinkan keinginan kita itu,, waktu itulah kita diuji sejauh manakah keyakinan hati kita pada PERCATURANNYA.

Bila kita meminta.
Allah akan bagi.

Bergantung pada apa yang diminta, dan bila tibanya sesuatu perkara itu, terpulang penuh pada hamba itu untuk menerima dengan tabah dan berani serta yakin akan hikmah indah itu ataupun kita menolak kerana rasa takut, ragu ragu yang disertakan dengan gangguan dan bisikan yang kita tahu siapa yang meniupkan segala rasa mazmumah dalam diri.
Letakkan pergantungan penuh pada Kekasih Hati kita. Percaya dan yakin.
In shaa Allah, dengan izin Allah semoga segalanya dipermudahkan dan Allah redha akan semuanya.
Gelodak dalam dada ini biarlah,, --😟😟
Saya simpan lama-lama.
Seribu rasa yang menerjah dalam jiwa saya yang halus,,
Terpaksa saya invisible kan ia.
Sesakit manapun rasa nya,, saya tetap juga bertahan--
senyum dan ketawa,, saya hidang pada dia.
Hanya pada dye..
Sejujurnya,
Saya terlalu lemah--😔😔
airmata saya telah jatuh menitis dengan banyaknya,, tidak terkira rasanye..berapa kali airmata saya tertumpah secara percuma.
Saya berselindung di sebalik cebis kain ungu warnanya.
Walau tidak pernah terluah dengan kata-kata yang mana saya sendiri tak mampu untuk diungkap, segala yang dirasa saya luahkan dengan airmata.
Saya tahu dye faham. Itu gunanya kasihsayang bukan?
Walaupun tak selalunya ada di sisi,, itu pun sudah cukup memadai dan banyak membantu.
Allah itu sentiasa menguji hambaNYA.
Begitu juga saya..😔😔
SAYA juga kini sedang diuji.
Kullu minallah sayang,,
Kullu minallah sayang,,
Kullu minallah....
Doakan saya.😌😌

Jazakallah.....